PPBN - Bergerak ke hadapan


Ada dikalangan peminat dan pemerhati yang mempertikaikan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Walaupun masih ada ruang untuk menambah baik program tersebut, kritikan-kritikan tersebut memberi kesan kepada PPBN.

Saya berpendapat inilah masa bagi PPBN, sebagai satu program bola sepak akar umbi, untuk bergerak ke hadapan dan melakukan proses rejuvenasi.

Walaupun masing-masing berhak memberikan sokongan kepada individu-individu yang pernah dan sedang menerajui PPBN, saya berharap PPBN tidak mengalami isu-isu seperti padang rumput tiruan yang digenangi air apabila hujan serta "masalah kewangan oleh pihak atasan yang menyebabkan kelewatan proses tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran."

Izinkan saya menyatakan bahawa terdapat juga pencapaian memberangsangkan oleh anak-anak muda PPBN.

Saya yakin pemegang taruh PPBN akan terus setia kepada pembangunan bola sepak melebihi kesetian kepada mana-mana individu yang pernah atau sedang menerajui PPBN.

Tibalah masa untuk pemegang taruh membina semula PPBN dan untuk kita melihat kepada suatu peralihan generasi pemain yang bakal membawa bola sepak negara ke era yang baharu.

Sila juga baca 'What's next for NFDP? Where are SEA Games accounts?' 

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'