Dr Anuar memangku jawatan presiden MPM, Zainal digantung tugas
As reported by Bernama KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Prof Madya Dr Anuar Suun kini memangku jawatan presiden majlis itu berikutan Datuk Zainal Abu Zarin digantung tugas kerana disiasat atas dakwaan penyelewengan wang MPM. Setiausaha Kehormat MPM Siti Zaharah Abdul Khalid berkata Zainal digantung daripada memegang jawatan itu sejak Jun tahun lepas sementara menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Zainal didakwa menyeleweng wang berjumlah RM4 juta milik badan induk sukan Orang Kurang Upaya (OKU) itu dengan melabur dalam sebuah syarikat pengurusan acara, Paralimpik Ventures Sdn Bhd (PVSB) yang diterajui Zainal dan dua anaknya. Siti Zaharah berkata mengikut perlembagaan MPM, Zainal masih memegang jawatan tertinggi itu sehingga pemilihan kepimpinan tertinggi baharu diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Jun ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival