Posts

Showing posts with the label 000 denda

Kelantan punyai kelebihan - walaupun didenda RM40,000

Image
BAHANG Piala Malaysia sudah kini mencapai kemuncaknya. Perlawanan akhir mala mini merupakan pertembungan yang menjanjikan persaingan sengit di antara juara Liga Premier ATM dan juara Liga Super Kelantan. ATM, yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman termasuk Hairuddin Omar, Rezal Zambry, pasangan kembar Abdul Razak –Aidil Zafuan dan Zaquan Adha – serta pemain import yang tidak asing lagi Marlon Alex James, mampu melalukan kejutan di Stadium Shah Alam (sepak mula 8.45 malam ini). Namun jurulatih ATM B.Satianathan mengakui bahawa Kelantan mempuyai kelebihan bermain di final. “Pasukan bola sepak terdiri daripada 11 pemain dan bukan enam atau tujuh pemain. Walaupun kami mempunyai beberapa pemain berpengalaman tetapi sebagai pasukan, kami masih muda,” jelas Satianathan. “Kelantan sudah tentu lebih bersedia bermain di dalam final berbanding kita. Lagipun mereka pernah bermain dalam banyak final sebelum ini.” Satianthan tepat menyatakan sedemikian kerana Kelant...