Senarai penuh pemenang anugerah SAM 2023


Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bukan sekadar meraikan hasil laporan-laporan media terbaik setiap tahun. Ianya juga merupakan medan untuk para pengamal media sukan Malaysia berjumpa antara satu sama lain, mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Acara-acara sebegini juga merupakan "timely reminder" betapa pentingnya semangat persaudaraan dikalangan organisasi-organisasi and petugas-petugas media. 

Malang sekali, saya tidak dapat hadir ke Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis lalu disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Namun, tahniah diucapkan kepada para pemenang anugerah SAM 2023. Harap kemenangan anda semua akan menyuntik semangat untuk terus melaporkan, dan memberi pandangan untuk kebaikan ekosistem sukan Malaysia.

Senarai pemenang:

1. ⁠Anugerah Siebel 2023 – Aida Adilah Mat, Mohd Firdaus Hashim, Amirul Fazli Zulkafli (Harian Metro)

2. ⁠Pengulas Popular SAM 2023 – Suzana Basri (Astro Arena; 79,789 undi)

3. ⁠Laporan Berita Terbaik Media Cetak – Fabian Mark Peter (NST)

4. ⁠Laporan Berita Terbaik Media Elektronik – Mohd Zulhelmi Zainal Azam, Muhd AlFathy Azlan (Astro Arena)

5. ⁠Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak – T.Avineshwaran (The Star)

6. ⁠Ulasan Sukan Terbaik Media Elektronik – Lukman Md Salleh (Astro Arena)

7. ⁠Fotografi Sukan Terbaik – Mohd Izzul Farhan (Bernama)

8. ⁠Laporan Khas Terbaik – Aida Adilah Mat, Mohd Firdaus Hashim, Amirul Fazli Zulkafli (Harian Metro)

9. ⁠Anugerah Khas – Persatuan Sepak Takraw Malaysia

10. ⁠Anugerah Khas – Johan Jojo Ghazali (Muay Thai)

11. ⁠Atlet Terbaik 2023 – Nur Ain Nabilah/Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)

12. ⁠Atlet Para Terbaik 2023 – Cheah Liek Hou (badminton)

13. Atlet Muda Terbaik – Ng Jing Xuen (golf)

14. Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM 2023 – Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam

15. ⁠Anugerah Persatuan Dinamik – Kongres Tenpin Boling Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024