Penyokong Tok Gajah bayar nazar
Seorang peminat setia Tok Gajah tekad berjalan sejauh 280 kilometer (km) dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini. Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, pada Nov 6. Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final. “Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT." Baca selanjutnya di sini . HD kata: Respect!