Padang oh padang...
Setiap tahun kita mendengar perkara yang sama - keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dalam keadaan baik. Kali ini juga skripnya sama. Oleh yang demikian, Persatuan Bola Sepak Malaysia terpaksa meminda venue perlawanan akhir Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam. Ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan semasa mesyuarat mereka baru-baru ini. Yang agak aneh ialah jika ianya di panggil Stadium Nasional, stadium kebangaan negara, kenapa padangnya masih buruk? Padang merupakan aset yang penting. Cuba bayangkan sebuah kereta Ferarri tanpa engine? Tetapi ada yang menyatakan bahawa stadium tersebut "terpaksa" menjadi hos kepada konsert dan pelbagai lagi aktiviti untuk mengaut keuntungan supaya duit tersebut boleh diguna pakai untuk kos penyelenggaraan. Sudah tentu sesebuah stadium harus dibina dan dipakai dengan praktikal. Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2005 saya berada di Stadium Nasional bersama beberapa wakil dari Zoysian di mana mereka ingin ...