Posts

Showing posts with the label persekutuan olahraga malaysia

Apa cerita sebenar?

Shahidan Kassim menafikan dakwaan beliau meninggalkan mesyuarat agung tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia pada Ahad lepas, sebaik mengetahui gagal mempertahankan jawatan presiden badan induk sukan olahraga negara itu bagi penggal 2012/2014. Itu merupakan laporan Bernama. Ini pula artikel Harian Metro ; Beliau (Zainal Abidin Ahmad) meluahkan rasa tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan Shahidan yang terus meninggalkan lokasi AGM di Dewan Komanwel, Bukit Jalil sejurus tewas dalam pertandingan. Kemuncak drama dalam KOM berterusan dan ketika Zainal mempersoalkan sikap tidak profesional Shahidan, adakah beliau sendiri profesional dan memiliki ciri-ciri ketenangan selaku seorang presiden? Soalan ini menjadi perbualan media apabila beliau tidak mahu mengadakan sidang akhbar untuk mengulas kemenangan dan perancangan masa depannya. Hmm... Saya amat berharap presiden baru (Zainal) sudi minum teh bersama saya dalam masa terdekat ini. HD kata: Bangsar boleh, Bukit ...

Warkah terbuka buat TMJ

Image
TERKINI 1.58pm: Saya membuat andaian bahawa TMJ telahpun membaca warkah saya berdasarkan apa yang Tuanku tulis di akaun Twitter-nya 30 minit yang lalu ( gambar ). ------ Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Harap Tuanku sihat walafiat dan seronok berlatih polo di Argentina. Patik belum sempat lagi menjejakan kaki ke benua Amerika Selatan tetapi ber harap suatu hari nanti patik dapat menunggang kuda dari Chubut River Valley ke semenanjung Valdes sambil menikmati sajian seperti empanada mahupun locro . Sudah tentu Tuanku masih ingat lagi pertemuan kami di Johor Baru baru-baru ini. Semasa asyik berbicara mengenai bolasepak, kereta serta motor berkuasa tinggi, Tuanku ada sentuh mengenai Persekutuan Olahraga Malaysia (POM). Patik masih ingat lagi apabila Tuanku berkata beberapa wakil dari persatuan-persatuan negeri menghadap Tuanku untuk mengambil alih jawatan presiden POM. Patik dengan segera berkata; “Don’t waste your time. They are beyond repair. Tuanku might as well concentr...