Posts

Showing posts with the label rogol

Sukma handball athlete claims 'gang-raped'; runners hit by car

UPDATE 5.29pm: Kenyataan Menteri Sukan Khairy Jamaluddin seperti tertera di akaun Facebook-nya. KENYATAAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGENAI KES TUDUHAN ROGOL DI SUKAN MALAYSIA 2013 Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu. Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendir...