Posts

Showing posts with the label tengku mahkota johor tunku ismail

Audi Q7 untuk dua pemain terbaik JDT

Image
KENYATAAN MEDIA DYAM TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, BERTARIKH 27HB JUN 2013 Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan Johor Darul Takzim dan Kelantan kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Piala FA. Kedua-dua negeri telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf bolasepak di negara ini, dan kini sukan tersebut kembali menarik minat penyokong dari seluruh tanah air. Bagi perlawanan pada Sabtu ini, dan perlawanan-perlawanan pada masa akan datang amnya, saya menyeru kepada para penyokong supaya sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku. Elakkan dari mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas. Saya berharap penyokong daripada kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan. Sehubungan itu, akan diadakan satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong Johor dan Kelantan di kawasan rehat Seremban, lebuhraya Utara-Selatan. Saya...