"Kita dah kalah, terima sajalah"

TERKINI (1.50pm): 

"Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.

“Kami kini dipandang serong oleh masyarakat dan saya sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan nama saya.”

Itu merupakan kata-kata Ismail Faruqi yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini. Baca 'Kami difitnah' untuk berita penuh.

---

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Datuk Che Mat Jusoh berkata persatuan itu belum menerima sebarang maklumat dan laporan daripada (Peter) Butler berhubung salah laku dua pemain terbabit.
   

"Kita meminta dia (Butler) membuat laporan secara rasmi berhubung perkara itu kepada persatuan supaya siasatan dapat dijalankan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu.

Bagaimanapun, Che Mat berkata beliau kecewa kerana perkara itu timbul ketika pasukan Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.
 

Katanya, walau apapun, beliau yakin pemain Terengganu tidak mungkin melakukan perbuatan seperti yang didakwa jurulatih itu.
    

"Kita percaya disiplin pemain-pemain kita tinggi," katanya.
    
Che Mat juga berkata apa yang penting sekarang ini ialah Terengganu mesti menang semua perlawanan pusingan kedua saingan kumpulan, dan bukan mengadakan alasan jika kalah.

"Kita dah kalah, terima sajalah... kenapa pula menimbulkan masalah dalaman kepada pihak luar yang boleh memalukan persatuan dan pemain?" katanya dalam nada kesal.

Diatas merupakan laporan Bernama lanjutan insiden dimana Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ri disingkirkan daripada skuad Terengganu kerana pulang lewat ke hotel penginapan pemain kira-kira pukul 3 pagi, serta kesalahan lain. - seperti yang dilaporkan disini.

Perenggan terakhir laporan Bernama seperti ada maksud tersirat. Apakah cerita sebenar di Kuala Terengganu?

HD kata: Hmm....

Comments

  1. Inilah angkara mengambil jurulatih yg tidak berdisiplin serta tidak menghormati kontrak.akibatnya anak didik pun ikut perangai jurulatih.lebih kuranglah..
    Kesalahan balik lambat pun sudah mamadai untuk menggantung players berkenaan.padankan muka mereka. Ingat star sangat.

    ReplyDelete
  2. Tak bergoyang pokok kalau tiada angin

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak maju, kalau tak berdisiplin, balik kul 3 pagi....pastu time game, performance & stamina hancurrr....baru main terengganu dh perangai cmni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts