'FC Canberra kecewa dengan akhbar Malaysia'
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA SIARAN MEDIA 11 JUN 2013 FC CANBERRA KECEWA DENGAN LAPORAN AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN MALAYSIA The Canberra Football Club melahirkan rasa amat kecewa dengan laporan akhbar-akhbar tempatan Malaysia yang seolah-olah memperlekehkan kemampuan Kelab tersebut. Presiden Canberra FC, Marco Vrkic dalam suratnya kepada Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia, berkata pihaknya merasa amat kecewa kerana pasukan mereka dikatakan terdiri daripada juruletrik, mekanik dan tukang paip. Menurut Vrkic, Canberra FC, telah melahirkan ramai pemain seperti Ned Zelic, Jospi Simunic dan Tony Popovic dan lain-lain. Ramai pemain FC Canberra yang beraksi ketika menentang Malaysia pada 6 Jun lalu sedang dan akan menjalani ujian pemilihan bersama beberapa Kelab A-Leaque, malah ada yang sudahpun bermain di Asia dan seorang lagi akan kembali ke England untuk ujian pemilihan kali kedua. Menurut Vrkic, untuk perlawanan mementang Malaysia, pihaknya...