Tiket oh tiket...

Adakah tiket perlawanan pra-Piala Dunia di antara Malaysia dan Singapura murah ke mahal?

Tiket berharga RM30 dan RM50.

Dengan RM30 anda boleh:

a. Beli prepaid telefon yang boleh habis dalam empat hari

b. tuang minyak ron 95 yang boleh habis dalam seminggu (kalau pakai Perodua Viva).

c. makan durian Muar sampai kenyang

ATAU

d. sokong pasukan Malaysia yang berpeluang cerah untuk melangkah lebih jauh dalam pertandingan tersebut.

Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah seperti berikut:

  1. 26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
  2. 28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan

Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:

Penyokong Singapura:

a. Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.

Penyokong Malaysia

a. Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah

b. Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.

Untuk makluman, tiket-tiket akan dijual secara online mulai Rabu, 20 Julai 2011.

Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.

Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain seperti berikut:

26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam

  1. Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.

2. 2. Stadium Shah Alam. Di Pintu A.

Gambar ehsan Oh Gempak!

HD says: Apa-apa pun, jumpa di sana!

Comments

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'