Skip to main content

'A failure is a failure (gagal tetap gagal)'

This was taken from Sports Minister Khairy Jamaluddin's Facebook posting.


Saya telah mengambil sedikit masa untuk mengkaji keputusan keseluruhan Sukan Komanwel 2014 sebelum memberi apa-apa reaksi. Sejak sehari dua ini memang banyak komen diberi oleh peminat-peminat sukan tanahair. Semua komen tersebut saya terima dengan baik.

Pertama sekali saya mengakui kita telah gagal. Tidak perlu saya bagi komen atau alasan yang lain. Bila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan sasaran 7 pingat emas dan apa yang dicapai hanya 6, itu adalah kegagalan. Tidak perlu saya kata "sasaran hampir tercapai" atau "sebenarnya prestasi atlet kita baik, cuma tak menang". A failure is a failure, full stop.

Kedua, tidak perlu juga saya menuding jari merata tempat. Saya menteri dan walaupun saya tidak berada di atas padang perlawanan sendiri, saya mesti bertanggungjawab. Yang lain - samada para atlet sendiri, jurulatih, pegawai, Majlis Olimpik, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), persatuan-persatuan sukan - semua dibawah naungan saya. Saya bukan jenis orang yang nak memindahkan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada orang lain. Jadi saya mohon maaf kepada rakyat sebab kita gagal di Glasgow.

Ketiga, satu kajian post-mortem menyeluruh perlu dibuat secepat mungkin. Kajian ini tidak boleh hanya terhad kepada prestasi di Glasgow sahaja tetapi kena mengambil kira tempoh hampir empat tahun kebelakangan ini. Program Latihan Atlet Elit untuk menyediakan para atlet kebangsaan untuk bertanding di Sukan Komanwel bermula pada tahun 2011 dan telah menelan perbelanjaan jutaan Ringgit wang rakyat. Program ini dikendalikan oleh MSN, ISN dengan kerjasama MOM bersama dengan persatuan-persatuan sukan. Adakah pulangan dari program ini setimpal dengan perbelanjaannya? Adakah program ini berkesan? Adakah pengurusan program ini baik? Adakah kita dapat prestasi yang terbaik dari atlet kita melalui program ini? Soalan-soalan ini (dan banyak lagi) perlu dijawab sebelum kita mulakan program baru untuk emat tahun akan datang.

Keempat, keputusan-keputusan yang sukar mesti dibuat. Tough decisions must be made. Kalau ada persatuan, pegawai, jutulatih atau atlet yang underperforming mereka mesti memberi ruang kepada yang lain. Kalau berkali-kali tidak menepati KPI, mereka mesti berundur atau diganti. Perkara ini mesti dipraktikkan dari atas (saya) sampai ke bawah.

Empat perkara ini adalah perkara asas yang mesti dipegang sebelum kita melihat jauh kehadapan untuk mencetuskan kebangkitan sukan negara.

Tentang prestasi di Glasgow, secara rumusan:
- Trek basikal, menembak, gimrama dan boling padang gagal memberi pingat yang disasarkan. Perlu ada kajian mendalam kepada program-porgram dibawah sukan tersebut
- Badminton secara keseluruhan OK sahaja. Nasib baik menang kedua-dua doubles pada hari terakhir. Tapi inilah senario badminton tanahair tanpa Lee Chong Wei. We have no one else. Singles lelaki mesti ada rombakan segera
- Angkat berat ada potensi. Bangunkan bakat seperti Hafifi Mansor dan Zulhelmi Pisol supaya terus cemerlang pada Sukan Komanwel 2018
- Akuatik terjun kena kekalkan prestasi cemerlang. Terlepas satu emas sebab kecederaan pada Pandalela. Prestasi yang baik dari Ooi Tze Liang yang boleh kita develop lagi. Penerjun pelapis pun menunjukkan prestasi yang baik
- Skuasy overall OK. Masih bergantung kepada Nicol. Kena develop lagi barisan kedua. Lebih banyak pendedahan perlu diberi kepada pemain muda seperti Valentino, Ivan, Vanessa dan Rachel
- Hoki, memang mengecewakan. Kita diberi tahu pasukan ini pasukan campuran yang memberi pendedahan kepada pemain-pemain junior kerana para pemain senior direhatkan untuk Sukan Asia. Kalau begitu kita tengok keputusan Sukan Asia. Kalau hambar, someone must go

Selain daripada kajian post-mortem, perkara yang memerlukan perhatian segera adalah persiapan untuk Sukan Asia yang akan bermula pada bulan September. Selepas apa yang berlaku di Glasgow, pemilihan atlet mesti dibuat dengan teliti. Kita perlu hantar mereka yang betul-betul ada peluang menang atau pelapis yang berpotensi tinggi untuk masa depan. Kalau sekadar dihantar untuk mendapat pendedahan tapi menjadi lauk orang lain, tak payah pergi. Membazir duit sahaja. Saya boleh cari pengalaman pendedahan yang lain untuk mereka, tak perlu sampai ke Sukan Asia.

Akhir kata, semua ini kata-kata sahaja. Bak kata orang muda 'sembang' sahaja. Yang penting adalah action and results. Saya akan berusaha untuk membawa perubahan yang diharapkan para peminat sukan tanahair. Cabaran ini besar sebab masalahnya sudah lama berkudis. Saya rasa ramai yang tahu kelemahan struktural dan kronik yang ada. Tetapi itu semua masalah saya yang perlu diatasi. It will not be easy, but it has to be done.

Majulah sukan untuk negara.

Comments

Popular posts from this blog

What went wrong with KL SEA Games?

145 gold medals.
It's the best Team Malaysia has ever achieved since the inception of the SEAP Games in1959.
The 29th edition of the SEA Games in Kuala Lumpur ended yesterday. The opening ceremony dazzled those at the stands and viewers at home while the performances during the closing ceremony yesterday jogged plenty of musical memories to many.
Our athletes, the real superheroes, brought smiles through their heroic display. They made everyday a happy day.
Kudos to the officials - from the coaches, the National Sports Institute and National Sports Council - for their hard work in ensuring our athletes perform to their best.
But it was not all memorable.
From

'World fashion disaster' in KL

World Fashion Week Asia 2017 ended over the weekend.

And the launch on Friday at Palace of the Golden Horses at Mines Resort City just outside Kuala Lumpur turned out to be a forgettable night.

Why?

It was poorly organised.

Just as many are trying to get over the nightmare witnessed throughout the KL SEA Games, the organiser of World Fashion Week Asia 2017 has made it look like Malaysians seem to have lost it when it comes to hosting major events and hospitality.

Here's why.

Royal protocol ignored

1. The Sultanah of Terengganu Sultanah Nur Zahirah was invited to grace the event.
    a. There was no holding room for the Sultanah and VIPs accompanying her.
    b. The Sultanah was invited on stage without anyone accompanying her there (a big NO NO if anyone knows protocol involving royalty).
    c. The event dragged on till 11.30pm, way past the cut off point of the very many events I've attended with members of the royal family present.
   d. The Sultanah was forced to walk all t…

Klang run 'illegal', says Sports Commissioner

UPDATE (Dec 11; 11.58am): Sporting events approved by Sports Commissioner's Office will be posted on the Youth and Sports Ministry's website starting Dec 14, as revealed by the Sports Commissioner in her statement today. I'm glad the last point of my observation (as per posting right below) has been addressed.

---

UPDATE (10.57pm): A Twitter user had sent me a link by the organiser of the Klang Heritage Marathon 2017. It states that the marathon has been "postponed to Oct 14, 2018" and that they have been victims of fake news and will lodge reports with the authorities against materials with elements of defamation or fake news. Read the full statement, posted on Dec 2, here.

---
ORIGINAL POST

A Klang City International Marathon 2017 pacer suffered serious injuries after she and two others were hit by a car

Turns out that the organiser of this morning's event, Earth Runners International Group Sdn Bhd, DID NOT submit any application to the Sports Commissioner&#…