Bekas ketua pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Saya telah menerima mesej berikut:
"YBhg Dato Seri Zolkeples Embong, bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan bekas KPE MASOC KL 2017 telah didapati meninggal dunia berseorangan di rumah arwah. Kematian arwah disedari oleh beberapa pegawai MSN yang cuba menghubungi beliau sejak hari Jumaat apabila mendapati beliau tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.
Pagi ini (Ahad), beberapa pegawai MSN telah pergi ke rumah beliau dan didapati berkunci. Pihak polis dan bomba telah dihubungi dan selepas berjaya membuka pintu rumah, arwah telah terbaring di ruang dapur rumahnya.
Punca kematian masih belum diketahui dan jenazah akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur."
Arwah berumur 62 tahun.
Mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican antara mereka yang merakamkan ucapan takziah.
Negara kehilangan tokoh dunia sukan yang sungguh hebat. Ketua Pengarah MSN dan CEO KL2017 sewaktu saya di @KBSMalaysia. Sumbangan beliau kepada pembangunan sukan negara tiada tolok bandingnya. Al Fatihah. https://t.co/pSWeuCk9ot
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) October 3, 2021
Saya menerima perkhabaran sedih pagi ini, perginya seorang tokoh sukan yang dihormati — Dato’ Seri Zolkeples Embong, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).
— Reezal Merican (@reezal_merican) October 3, 2021
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayang-Nya buat Allahyarham serta ditempatkan bersama mereka soleh.
Al fatihah.
Comments
Post a Comment