Ranking jatuh lagi; velodrom tertutup jalan penyelesaian?
Berdasarkan ranking FIFA terkini, Malaysia berada di tempat ke 162 - berkongsi tempat dengan negara jiran Singapura. Ini merupakan ranking yang terburuk buat skuad Harimau Malaya bagi tahun ini. Akan tetapi, ada yang masih menyatakan bahawa ranking bukan segala-galanya. Mungkin kata-kata sedemikian benar berdasarkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Namun buat setengah pihak, kedudukan yang tercorot di dalam ranking dunia agak memalukan. Bak kata Mat Salleh; "some see it half full, others see it as half empty." But in this case it never seems to get full - ever. Oh well. Secara peribadi, biarlah pasukan negara beraksi di Piala AFF Suzuki akhir tahun nanti. Walaupun pertandingan tersebut tidak di iktiraf Fifa, namun ianya boleh dijadikan bahan pengukur buat kemampuan pasukan Malaysia berbanding pasukan-pasukan lain di rantau ini. Let's give our Tigers the benefit of the doubt. Tetapi jangan kita lupa kebolehan pasukan Filipina. Saya masih menyatakan bah...