Ranking jatuh lagi; velodrom tertutup jalan penyelesaian?

Berdasarkan ranking FIFA terkini, Malaysia berada di tempat ke 162 - berkongsi tempat dengan negara jiran Singapura.

Ini merupakan ranking yang terburuk buat skuad Harimau Malaya bagi tahun ini.

Akan tetapi, ada yang masih menyatakan bahawa ranking bukan segala-galanya. Mungkin kata-kata sedemikian benar berdasarkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira.

Namun buat setengah pihak, kedudukan yang tercorot di dalam ranking dunia agak memalukan. Bak kata Mat Salleh; "some see it half full, others see it as half empty."

But in this case it never seems to get full - ever. Oh well.

Secara peribadi, biarlah pasukan negara beraksi di Piala AFF Suzuki akhir tahun nanti. Walaupun pertandingan tersebut tidak di iktiraf Fifa, namun ianya boleh dijadikan bahan pengukur buat kemampuan pasukan Malaysia berbanding pasukan-pasukan lain di rantau ini. Let's give our Tigers the benefit of the doubt.

Tetapi jangan kita lupa kebolehan pasukan Filipina. Saya masih menyatakan bahawa barisan pemain-pemain Filipina mampu melakukan kejutan dan mungkin melakar sejarah tahun ini. Lagipun pasukan Filipina baru sahaja memenangi piala Peace baru-baru ini; kemenangan buat kali pertama di kejohanan antarabangsa  dalam 99 tahun.
 
Cerita velodrom tertutup juga kuat diperkatakan.

Tetapi bukankah mini velodrom di pelbagai lokasi serata Malaysia merupakan cara yang terbaik untuk mencungkil bakat muda?

Bukan mudah untuk menyelenggara satu velodrom tertutup. Walaupun Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pembinaan velodrom dan academy badminton, namun pihak yang menguruskan velodrom tersebut harus memastikan ianya boleh menjana dana sendiri.

Cuba tanya dengan pihak Kompleks Sukan Negara - mungkin mereka dapat memberi gambaran sebenar betapa susahnya untuk menyelenggara sesebuah stadium dan menjadikannya satu tarikan atau attraction untuk menjana wang.

Jadi adakah velodrom tertutup jalan penyelesaian? Atau ianya akan bertukar menjadi sebuah "white elephant"?

Oh well...

HD kata: Untuk membina sesuatu memang senang, tetapi untuk menyelenggaranya bukan mudah.

Comments

  1. Apa la dei.

    Sblm ni bising velodrom Cheras sudah teruk, open air pulak tu. Velodrom Ipoh lg kayu sudah tercabut maaa. So bila govt stuju mau buat velodrom trtutup baru, u bising lagi, ckp lagi bagus kalu wat mini velodrom pulak kat satu Msia.

    Hei dei, belajar la utk grateful bila govt sudah mau tolong, ini tidak, lu mau bising lagi argue mini velodrom lg bagus. Dulu bising velodrom Cheras sudah buruk.

    Tak tau la mcamana mau satisfy org mcm lu. Smua buat salah, u mau betul smua kaa, smua mau dgr ckp lu ka...u betul ka smua lu ckap?

    Mmg betul la senang u mau kritik, ini salah itu salah. U ada pegang mana-mana persatuan sukan ka, tgk mcamana u handle management, handle org kerja, handle mcm-mcm. Ckp mmg senang dei.

    Be grateful la brother, ada country velodrom pun tak da. So jgn bising laa.

    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good morning anonymous minion.

      Delete
    2. a typical answer from Penc---i...kita belajar dr pengalaman. n juga tak salah kalau cuba mendgr pendapat dr orang yg mempnyai pengalaman n berkelayakan...n pendapat ini bukanya utk keburukan, tetapi utk kebaikan spy tidak membazir dimasa depan...

      cheers...

      Delete
    3. hahaahha...cybertrooper detected!


      E

      Delete
    4. Not cybertrooper but kroni who want 2 make quick money building stadium. Correct or not bro?

      GE nearby edi, we know who to vote la dei.

      FGH

      Delete
  2. "RANGKING TAK PENTING"... RG

    ReplyDelete
  3. I dont want to argue about velodrom. I'm more concerned about our football team's ranking. As you said, I'm also willing to give the benefit of the doubt to Rajagopal (means the FAM's father and son combo as well) but only until AFF Suzuki Cup. Failure to win the championship means that its a failure. Someone has to step down honourably.

    Pak Nik

    ReplyDelete
  4. Keep on experimenting.
    As we got results, do the discussions.
    Later we will come out with conclusions.
    Hopefully sack the coach out is not one of the conclusions.

    Mak Nik.

    ReplyDelete
  5. "Walaupun pertandingan tersebut tidak di iktiraf Fifa,..."

    Saya tidak pasti tentang fakta ini. Apa sekali pun, dari laman web FIFA, setiap perlawanan dalam Piala AFF itu diambil kira semasa membuat pengiraan mata ranking.

    Kamarul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kamarul,

      Ianya tidak diiktiraf Fifa sebagai perlawanan antarabangsa A seperti perlawanan pra-Piala Dunia. Namun mata tetap diberi, tetapi agak rendah.

      Terima kasih kerana sudi memberi komen.

      Delete
    2. Tetapi melalui Piala AFF 2010 lah ranking kita dahulu naik.

      Saya gusar isu ranking kerana umumnya semasa pengundian kumpulan bagi kelayakan Piala Asia 2015, kita akan diundi dalam kumpulan yang sukar.

      Jangan lupa klasifikasi Asia dari segi ranking. 14 pasukan pertama adalah negara maju bolasepaknya. 14 pasukan kedua adalah negara membangun bolasepaknya. Kita berada pada ranking 26 asia, dah hujung tu.

      Jika berlarutan dan FAM ambil tidak peduli tentang ranking, tidak pelik jika suatu hari nanti negara kita tidak akan layak menghantar kelab ke Piala AFC.

      Kamarul

      Delete
  6. Not to say grateful or ungrateful...but Malaysia is famous about mis management of building and facilities, we can't even manage the parliament building well, oopss nanti libatkan politik, dah tahun 2012, rumput padang bola pun tak reti manage...hmmm HD...betul tuu...adios

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sebelum Kelantan jumpa Sime Darby untuk Piala FA 2012 hari tu, Stadium Bukit Jalil ditutup untuk renovation. Saya masih ingat lagi, siap ada temuramah tentang spesies rumput dan teknik penjagaan yang sedang dibuat di stadium itu.

      Bila mula digunakan untuk Piala FA berkenaan, kita boleh tengok sendiri (jika anda hadir di stadium), semasa rehat selepas separuh masa pertama berakhir, ramai pekerja yang turun padang nak tutup lubang dek gumpalan rumput yang tercabut di sana-sini.

      Kamarul

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'