Azkals pasukan pilihan

Jangan terkejut jika pasukan bolasepak Filipina memenangi Piala AFF yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Cuba kita imbas kembali Piala AFF edisi 2010 - pasukan Filipina kalah 1-0 kepada Indonesia dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir mereka di Jakarta.

Walaupun masih ada masa untuk pasukan tradisi seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia dan Singapura untuk terus mendominasi pertandingan tersebut, janganlah kita terlalu mengharapkan menang besar apabila Malaysia bermain Filipina di dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam Jumaat ini.

Jurulatih kebangsaan K.Rajagobal sendiri mengakui Filipina bukan calang-calang lawan dan sudahpun menytakan bahawa pasukan Azkals mempunyai peluang cerah untuk menang Piala AFF tahun ini.

Beliau memberitahu akhbar NST;

"I believe they will be stronger than their 2010 squad in the AFF Cup. They are a different team with better players."

Ramai pemain Filipian beraksi dengan liga Eropah. Mereka termasuk Stephen Schrock yang bermain untuk kelab Jerman Hoffenheim dan pemain kelab Belanda ADO Den Haag Paul Mulder.

Sudah tentu pasukan Filipina ingin mencatat sejarah tersendiri jika mereka dapat mengalahkan pasukan Harimau Malaya di Shah Alam nanti. Ini kerana pasukan Filipina kecundang dalam keempat-empat pertemuan mereka menentang pasukan negara di Malaysia.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bermain adalah pada bulan Februari yang lalu dimana Malaysia sekadar seri 1-1 dengan pasukan Filipina di Stadium Rizal Memorial.

Sila klik sini, sini dan sini untuk berita terkini tentang pasukan Azkals.

Kita tunggu dan lihat pretasi pasukan Filipina dan pasukan bimbingan Rajagobal Jumaat nanti.

HD kata: Seri 1-1 sekali lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'