'Lupakan Piala AFF, fokus pada kelayakkan Piala Asia'
Itu merupakan kata-kata jurulatih kebangsaan K.Rajagobal ( gambar ) setelah tiba ke tanah air setelah pulang bersama anak buahnya dari perlawanan timbal balik separuh akhir Piala AFF. Malaysia tersungkur 2-0 di Bangkok dan Thailand mara ke final bertemu Singapura apabila mengalahkan Malaysia dengan agreget 3-1. Rajagobal memberitahu Bernama; "Kalau diimbas kembali perlawanan semalam, kita bermula dengan baik denga tidak memberi ruang kepada Thailand untuk mencari gol namun senario itu bertukar selepas pengadil memberikan kad merah kepada Fadhli (Shas). "Kesemua pemain telah memberikan satu persembahan yang terbaik malahan peminat Thailand sendiri mengatakan bahawa kita bermain dengan baik cuma pengadilan tidak menyebelahi kita." Rajagobal telah menyatakan dari awal lagi bahawa cita-citanya adalah untuk melihat Malaysia layak ke Piala Asia 2015. Tetapi dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan negara sejak memenangi Piala AFF 2010, mampukah Malaysia menepika...