FAM 'berat sebelah'?

"Setakat ini Kafa belum dimaklum apa-apa. Saya cuma baca dalam blog dan baca dalam suratkhabar.."


Berikut merupakan kata-kata penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa apabila persatuan tersebut dikenakan denda RM62,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gara-gara penyokong yang membaling mercun dan objek keras ke arah padang dalam perlawanan Liga Super menentang Darul Takzim FC pada 15 Januari lalu di Kota Bharu.

Penyokong Kafa pula merasakan keputusan tersebut "berat sebelah", lebih-lebih lagi apabila FAM masih belum memberi kata putus tentang insiden pergaduhan antara pasukan Selangor dan ATM baru-baru ini.

Namun, FAM mengakui insiden Selangor-ATM masih dalam siasatan dan "tindakan selanjutnya masih tidak dapat diputuskan".

Bagaimanapula dengan kenyataan presiden Johor FA Tunku Ismail Ibrahim mengenai mutu pengadilan dan 'bookie' dalam Liga-M?

Pilih kasih?

Ataupun keputusan FAM memang tepat kerana gara-gara membaling mercun boleh mengakibatkan kecederaan seperti yang berlaku kepada Ahmad Jazimin Jalaluddin ketika Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil pada 2011.

Bukan mudah untuk membuat keputusan. Tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika penyokong tidak membawa bahan terlarang termasuk mercun ke dalam stadium.

HD kata: Penyokong memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan pasukan mereka. Pada masa yang sama, ingin melihat apakah keputusan yang akan diambil FAM mengenai insiden Selangor-ATM.

Comments

  1. bagi pendapat saya mmg berat sebelah.Kenapa TMJ bersuara tiada tindakan dr FAM?

    ReplyDelete
  2. insiden penyokong trganu baling bata dekat pengadil dah ada hukuman belum?

    ReplyDelete
  3. Baling bom asap pada diri sendiri (pada kawasan sendiri dan bukan kepada kawasan penyokong lawan dan bukan juga ke padang), macam mana pula?

    Di Kelantan, yang baling botol; penyokong Kelantan (saya beri nama "X") yang baling diwartakan dipelbagai media sedangkan penyokong Kelantan (yang saya beri nama "Y") yang jadi tukang tangkap, tidak pula dianggap sesuai sebagai bahan media.

    Ironi.

    Tidak hairan bila ramai non-Kelantan yang baca media, langsung simpulkan, penyokong Kelantan umumnya gedebe.

    Hal-hal lain yang berkaitan :

    1.Ghaddar dan Effa Owona menuntut 100% kenaikan gaji untuk menyambung kontrak dengan pasukan asal. Adakah mereka kini punya 100% peningkatan gaji dengan pasukan baru?

    2.Isu ATM vs Selangor, belum ada keputusan muktamad. Tidakkah FAM ada pasukan yang cekap bilamana tanpa aduan rasmi sekalipun, mereka boleh mendakwa Ghaddar membuat provokasi (pada musim lepas)? Mana kecekapan mereka?

    Pilih kasih, bukankah itu budaya Malaysia?

    Kamarul

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju? i'f im not mistaken game perak(Home) vs apa saya lupa. siap ada live telecast masatu. Rasanya ada org baling mercun. Maybe haresh boleh check.dh kena hukum belum? apologize kalau salah.

      dlm metro katanya azuddin game atm vs s'ngor dia x nmpk dlm video tu ada insiden pergaduhan....huhuhuhu...dia orang dok menari agaknya kalau apa yg kami nmpk tu bukan satu pergaduhan.

      Delete
  4. Masih menunggu berita dari FAM, apa nasib pengadil yang silap memberi kad merah kepada Syukur Jusoh.

    Kamarul

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan semua pandangan diatas. I think we generally we have no issues with all fines but the main point is that it has be done to all teams. Like all the above comments, what happen to Selangor-ATM case and what about Terengganu case? HD, I sure you know the answers!!! I'm also very sure that TMJ wont be banned for his remarks.

    Pak Nik

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kami hantar surat pertuduhan ke atas Kelantan 3 minggu lebih awal berbanding Terengganu.." Datuk Azzuddin Ahmad, S/U Agong FAM....
      statement ni, tak tunjuk pilih kasih ke?

      Delete
  6. “Kami tidak dapat melihat sebarang insiden pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan ATM dalam salinan rakaman video yang kami terima,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

    ReplyDelete
  7. Haresh,
    Cuba u tanya FAM di manakah tanggungjawab sosial FAM bagi mengatasi masalah ini. Masyarakt Kelantan pn warga Malaysia jgk..rasanya menjadi tanggungjawab bersama untuk sama-sama membanteras sikap penyokong2 agar lebih berdisiplin.

    Sementara KAFA dan kelab2 penyokong berhempas pulas memikirkan cara untuk handle segelntir penyokong ni, dimanakah FAM?

    Mendenda dan mendiskriminasikan golongan ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. Sebaliknya akan mencetuskan rasa tidak puashati yang berpanjangan. Fikir2kan lah..

    ReplyDelete
  8. We can point all ten fingers to FAM and I bet, things won't change. But we as fans can do something to change this. We can prevent this from happening. We can prevent KElantan from being victimised by FAM. The problem started from the fans, thats a fact. Blame us the fans for allowing or making this happened. Kalau tak ada mercun dibaling, masakan pula KAFA di denda.

    Fans without mercun

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAFA dah buat kempen. Fan Club dah buat kempen. Malah bila ada yang membaling, yang menangkap adalah penyokong juga.

      Kalau ada cadangan lain, bagi la....

      Dan satu lagi isu : Bila simpulkan kesalahan, biarlah sama timbang. Bila jatuhkan hukuman, biarlah sama berat. These, things FAM can do, if they actually want to.

      Kamarul

      Delete
  9. Bila saya baca semula semua komen, rupanya ada satu lagi point yang tertinggal :

    Masa Selangor vs ATM tu, GAME COMMISSIONER ada DI MANA?

    Kamarul

    ReplyDelete
  10. Bro Haresh,

    Shameless FAM ! Tak Malu ! Doublespeak ! And now acting blind.....can someone recommend a good "tukang mata" to examine the eyes of the fumbling people in FAM ?
    Everyone who followed the S'gor vs Armed Forces match on TV as well as in the stadium saw the altercations and the almost free for all incidents marring the game.While the tv cameras moved away from the incidents.....the pergaduhan did happen !!!!
    But,surprisingly FAM buat bodoh and now buat buta pulak. How blinder they will go is anybody's guess.Why pick on Kelantan ? Everybody knows that the east coast fans (Trengganu included) are a boisterous lot.This goes back to the days of Dali Omar,Mahadi Yusuf, Salleh Ibrahim and the late Datuk Bakar Daud's days as players.They are an emotional lot and they mean no harm. FAM has done nothing to engage with these fans/fan clubs.All they are good at is to fine and suspend here and there and are never consistent with the punishment meted out. Biased and favoured decisions always standing out like a sore thumb.Striking while the iron is hot seems to be lost on FAM for some of their favourite sons.
    Aside, the commentators on match days are another big joke.People who cannot articulate proper analysis of games should choose to stay home instead of making a mockery of themselves.Now we have one popular commentator who tries to spice up the game with his Inglis. And most times he fumbles. Just last week he mouthed off terms like "out-out striker", "south coast derby" !
    Out and out striker is someone who plays at the fringes, is quick to snap up opportunities and rarely helps out in defence.When Armed Forces made the change, they brought in a defensive midfielder to keep the lead and our commentator said they have brought in a "out-out striker" !!!!
    And in commenting the JDT vs Lions game on the same night, he blabbered to label it as "South Coast derby" (in the same vein as the east coast Trengganu vs Kelantan derby).Hope he confines his comment in the beautiful Bahasa Malaysia instead of peppering with nonsensical Inglis.
    Football in Malaysia is turning out to be a big joke these days lah bro.Depa punya gelagat can make you go crazy. Just read that the Singapool cops have started talking to Mr.Bookie Dan.And yesterday they whispered lovely -something's for more than 4 hours.I am waiting for the beans to spill.....and then we can all see the rot that has eaten up the ignorant and egoistic FAM's infrastructure!

    Cheers.
    Peminat SukanJB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "They are an emotional lot and they mean no harm."

      Did you really want to use the word "emotional" or did you mean to use the word "passionate" instead?

      Kamarul

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Mercun lebih BAHAYA drp M16........

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'