Skip to main content

'Saya melakukan semua ini kerana cinta sukan bola sepak'

KENYATAAN MEDIA OLEH DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM,
TUNKU MAHKOTA JOHOR – BERTARIKH 5 JUN 2013

Melihat keadaan semasa dalam FAM, sukar membayangkan akan berlaku peruahan-perubahan positif dalam landskap bolasepak Negara ini. Mungkin dua puluh tahun daripada sekarang pun, kita akan menghadapi kemelut yang sama. Kita lebih gemar mengundang pasukan-pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di sini, tetapi mengabaikan pembangunan bakat baru dari kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bolasepak Negara.

Apabila saya dikenakan tindakan penggantungan selaku presiden PBNJ, saya dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang. Sebelum ini, segala hukuman akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM. Tetapi dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, hukuman telah dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan. Kita juga tidak diberikan ruang untuk membuat sebarang rayuan atas denda tersebut. Pada saya, ianya bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan-persatuan bolasepak. Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.

Saya pernah menyuarakan tentang mutu pengadil yang mengadili perlawanan bolasepak tempatan. Pada masa kini, pengadil perlawanan bolasepak liga tempatan adalah berstatus semi-profesional, dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada tahap amatur. Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung. Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bolasepak Negara ini. Mengapa tidak boleh menyuarakan pendapat dan memberi pandangan? Isu-isu penting dalam bolasepak Negara harus diberi perhatian dan diketengahkan. FAM tidak membenarkan persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan. Jadi bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat berkenaan hal-hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah keberatan untuk bekerjasama? Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di Negara ini, namun tidak mendapat maklum balas. Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar. Bolasepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ianya adalah untuk semua lapisan rakyat.

FAM sepatutnya berterima kasih kepada Johor kerana menjadikan arena bolasepak tempatan lebih menarik dan meriah. Setiap perlawanan melibatkan JDT disambut dengan kehadiran ramai penyokong di stadium, selain penonton yang ramai dalam siaran televisyen. Syabas juga diucapkan kepada pasukan Kelantan, Selangor, ATM dan pasukan-pasukan lain kerana menambahbaik landskap bolasepak tempatan. Oleh yang demikian, bolasepak Malaysia menjadi lebih dinamik dan kompetitif.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bolasepak oleh Astro. Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bolasepak tuan rumah akan menerima RM15,000. Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut.

Semalam, PBNJ telah menerima satu surat amaran, supaya tidak membuat lagi sebarang kenyataan media mengkritik FAM. Pihak FAM hendaklah tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan denda kepada PBNJ bagi kenyataan ini, kerana saya mengeluarkannya selaku Tunku Mahkota Johor, dan bukannya selaku presiden PBNJ yang digantung. Kenyataan ini bukan bertujuan untuk membelakangkan mana-mana individu atau persatuan bolasepak, tetapi untuk mengetengahkan isu-isu penting dalam bolasepak tempatan. Sekiranya FAM merasakan perlu untuk mengenakan denda terhadap saya, saya akur. Ada yang menasihati saya supaya bertanding untuk jawatan dalam FAM, tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berminat terhadap sebarang jawatan dalam FAM. Sejujurnya, saya akan mengutamakan Johor, dan oleh yang demikian, saya tidak layak memegang sebarang jawatan dalam FAM. Saya melakukan semua ini hanya kerana cinta terhadap sukan bolasepak. Mereka yang memegang jawatan dalam FAM mestilah telus dan adil kepada semua pasukan yang bersaing dalam liga tempatan. Keutamaan mereka mestilah untuk meningkatkan kualiti bolasepak dalam Negara.

Comments

  1. At the same time harap TMJ dapat inform the public khasnya peminat futsal kenapa pasukan Johor tidak dihantar ke Liga Futsal Kebangsaan (yang entah bila akan bermula tahun ini) sedangkan Johor adalah pasukan kuat futsal.

    ReplyDelete
  2. I bet Annuar Musa can also criticize FAM in his capacity of MP of Kerteh who loves football as well...

    ReplyDelete
  3. Don't forget Shahidan too, in the capacity of Minister in Prime Minister Dept. (handling Parliament affair)

    KERMIT THE SPIDER

    ReplyDelete
  4. Everybody seem to talk about sports science as the main issue when it comes to Malaysian sports. Poorly, they all, including KJ, lacks the wisdom and knowledge to really understand the real issues and shortcoming in our sporting system.

    Sports science, is always there for us to apply and educate. What we lack the most is, character building. We have been producing poor quality sports person all this while and still continuing. Where does these problems occurs, and who to be blame?

    These problems, are due to the lack of quality coaches and sports administrators. We have been producing all these people for the past 30 years "like pisang goreng"- and nobody is realizing about it.

    Ask any sports expert, and they will agree with me. We need to go back to realty and stop "hitting around the bushes"
    The worst is FAM, they have been producing incompetent and miserably poor coaches all the while - just look at the standard of play being displayed in the M league and the ranking we're in now.


    HSKL says: Pls don't talk nonsenselah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klang run 'illegal', says Sports Commissioner

UPDATE (Dec 11; 11.58am): Sporting events approved by Sports Commissioner's Office will be posted on the Youth and Sports Ministry's website starting Dec 14, as revealed by the Sports Commissioner in her statement today. I'm glad the last point of my observation (as per posting right below) has been addressed.

---

UPDATE (10.57pm): A Twitter user had sent me a link by the organiser of the Klang Heritage Marathon 2017. It states that the marathon has been "postponed to Oct 14, 2018" and that they have been victims of fake news and will lodge reports with the authorities against materials with elements of defamation or fake news. Read the full statement, posted on Dec 2, here.

---
ORIGINAL POST

A Klang City International Marathon 2017 pacer suffered serious injuries after she and two others were hit by a car

Turns out that the organiser of this morning's event, Earth Runners International Group Sdn Bhd, DID NOT submit any application to the Sports Commissioner&#…

Football journo's accreditation card retracted for being 'overly critical'

Four Four Two journalist Vijhay Vick's accreditation card to cover the M-League has been "retracted" by Football Malaysia LLP last night.

The letter, signed by FMLLP chief executive officer Kevin Ramalingam, stated:
"We are open to criticism by the public, however, it has been brought to FMLLP's attention that you have been overly critical of the Malaysian League and have made misleading statements and or shared misleading statements made by third parties. This is very damaging to the image of the League and the brand that we are trying to build."
It remains unclear which articles written by Vijhay are said to be "overly critical" of the Malaysian League.
Vijhay, in responding to the letter he received last night, said: 
"I was shocked (to receive the letter). I would like to know which articles of mine that are overly critical of the league."
It is best if FMLLP explained its definition of being "overly critical". 
While the bo…

Poser over national table tennis association 'RM8 million loans' to private companies

UPDATE (May 20, 2018; 3.15pm):Lawyer representing Table Tennis Association of Malaysia admitted manner in which loans amounting to RM8 million given out by association to two developers was "not right" and that his client is taking steps to terminate the contracts. He said this after attending an exco meeting at the association's office in Bukit Jalil this morning.
---
ORIGINAL POST

The Table Tennis Association of Malaysia (TTAM) has been smashed with allegations of giving out RM8 million worth of "loans" to two developers, raising eyebrows and irking at least two of its affiliates.

A police report has also been lodged over the matter.


According to a letter by the Kuala Lumpur Table Tennis Association (KLTTA), written on May 3:

i. TTAM's Financial Statement (ended March 31, 2018) presented during the 6th Exco Meeting on April 21, 2018 saw a total sum of RM8 million loans granted to two private companies - Ekal Jaya Sdn Bhd and Iktimewah Sdn Bhd (RM4 million …