Dokumentari Safee Sali “SEPULUH” penghormatan kepada kerjayanya sebagai legenda bola sepak

Untuk siaran segera


Buat peminat sukan negara dan pecinta wayang inilah masa yang dinanti-nantikan apabila dokumentari siri bertajuk SEPULUH akan disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam, bermula 24 November 2023 nanti. 

Enam siri dokumentari yang dihasilkan ini nanti akan membawa anda menyusuri  perjalanan suka duka, jatuh bangun yang ditempuhi Safee dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama hampir dua dekad. Selain temubual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini terdapat juga rakaman dan momen-momen menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang tidak henti untuk mencapai kejayaan. 

Mengulas mengenai dokumentari ini, Safee berkata ini adalah bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan. 

"Saya berharap kisah perjalanan kehidupan saya ini  akan menjadi satu cerita yang akan memberi inspirasi dan menambat hati semua orang bukan hanya untuk peminat sukan sahaja," katanya.

Penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee yang baru mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara  termasuk perjuangannya membantu skuad Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'