Dilema Devan & Mat Zan
Kata Devan, beliau baik beredar untuk member peluang kepada orang lain mengambil alih kerana dengar khabar management Johor FC frust kedudukan tercorot mereka di Liga Super. Baca Mailsport hari ini untuk selebihnya.
Nasib baik management KL tak terlalu ghairah, kalau tak Razip Ismail pun dah lama kena buang. KL hanya dapat peroleh satu mata dari 13 perlawanan. SATU mata jer beb! Malu lah, tapi apa nak buat, Tak boleh salahkan Razip. Pemain tak cukup mantap, dah lah KLFA takde main sponsor pulak tu.
Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris pulak lain ceritanya.
Dengar khabar Ken Worden mungkin akan ambil alih tugas Mat Zan. Ada yang nampak Ken di stadium semasa Terengganu menentang Negeri Sembilan baru-baru ini. Ken pernah mengendalikan pasukan Terengganu pada 2009 (gambar).
Si Penyu kini tangga ketiga Liga Super, semi finalist Piala FA dan masih ada peluang untuk bermain dalam pusingan kedua Piala AFC. Kalau ikutkan persembahan semasa, peluang Terengganu ke pusingan kedua Piala AFC lebih cerah berbanding Kelantan.
Agaknya masih tak cukup bagus kot?
HD kata: Kesian benar jurulatih-jurulatih di Malaysia eh.
sejak Malaysia menang AFF nie bro, sume rase pandai pasal bola.baik dr management, sampai la fans..tu yg sume serba x kene..mmg la main nk menang, tp kalu kalah skali 2, terkene blasah skali skala, x perlu la melatah..
ReplyDeleteAno 4:20,
ReplyDeletePiala AFF tahun 2010, ini dah 2012. Kata pandang depan, tapi tak nampak apa yang ke depan. Keputusan perlawanan? Ish...ish..ish