Skip to main content

Digantung 30 bulan.

Itulah yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM.

Ada segelintir yang tersenyum dengan keputusan tersebut. Ada pula yang merasakan ianya terlalu berat.

Artikel 88 menyebut;

Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana Ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).

Jawatankuasa Disiplin, yang diketuai Taufik Abdul Razak, mendapati Annuar Musa bersalah bagi pertuduhan

  1. kenyataan akhbar yang dikeluarkan sama ada di surat khabar atau televisyen.
  2. 2. melanggar titah Tengku Abdullah pada Feb 4 untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan.

Taufik memberitahu wartawan bahawa pihak seketeriat FAM yang membuat laporan terhadap kenyataan Annuar Musa. Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM Azzudin Ahmad dan staf seketeriat yang lain tidak dipanggil ke perbicaraan tersebut.

Apa yang menarik ialah apabila pegawai-pegawai di FAM lebih sibuk dengan hal-ehwal persatuan negeri masing-masing dan lebih gemar berpolitik, tiada seorang pun yang sedar betapa kunonya Statut FAM.

Inilah Statut yang membenarkan setiausaha persatuan negeri menjadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Bukankah ia ‘conflict of interest’?

Inilah Statut yang mengatakan bahawa jika keputusan minima diberikan kepada yang bersalah, si pesalah tidak boleh membuat rayuan. Adakah ianya adil?

Dan inilah Statut yang membenarkan hanya presiden dan/atau setiausaha agung membuat kritikan (sama ada membina ataupun tidak) terhadap FAM atau pasukan negara. Jadi pegawai yang lain kayu atau boneka?

Ahli-ahli Kongres mempunyai peluang untuk memperbaiki Statut. Bagi mereka yang berlatar-belakang undang-undang ada pepatah yang menyebut – a bad law is still law.

Akan tetapi adakah ahli Kongres akan membuat sesuatu atau mendiamkan diri seperti biasa?

Hari ini Annuar Musa menjadi ‘mangsa’ statut FAM, esok pula giliran siapa?

Baca laporan penuh Mailsport disini.

p/s: Tapi jangan kita lupa perlakuan Annuar Musa di Facebook. Anda nilaikan baik atau buruk perlakuannya di laman sosial tersebut. Sila rujuk artikel lama saya disini.

HD kata: No freedom of speech - not in FAM at least.

Comments

  1. Moral of the story - berhati hati dlm memberi sebarang kritikan jika anda seorang warganegara MALAYSIA..
    Jika sultan kata A maka A lah. Kalau B kehendaknya B lah.. Siapalah yg berani nak ingkar Titah baginda.. WalauPun kedangkala keputusan yg dibuat tidak betul, namun siapa yg berani bersuara.?? Mungkin title Patron lagi sesuai.. Mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdra haresh,

      Persoalan ahli politik dan/ atau kerabat diraja memimpin persatuan sukan barangkali boleh jadi tajuk diskusi lagi apa eloknya dan mana tak eloknya? dll......

      Delete
  2. There are 12457560 Facebook users in Malaysia. -socialbakers.com

    Annuar Musa is one of them.

    ReplyDelete
  3. bukan statut saja kuno. presiden pun kuno, setiausaha agunglagi kunu. saya pun tak setuju dengan bayak kenyataan tsam tapi hakikat adalah beliau saja mahu perubahan dlm fam. sekarang, yang tidak mahu perubahan jadi jaguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang tahu. sayang sekali fam tak yang ia kuno. macam mahu maju maju. saya sokonglah bro/sis

      Delete
  4. Last time I checked my GPS; my location showed Malaysia. But I think I'm in Pyongyang! Hail the Great Leader!

    Kim

    ReplyDelete
  5. Terdapat satu komen dari Anon yang terpaksa saya delete kerana;

    1. gaji K.Rajagobal tidak ada kena-mengena dengan topik yang diperbincangkan.

    2. saya tidak ingin menabur pasir ke dalam periuk nasi seseorang.

    Saya meminta maaf tetapi harus berpegang kepada prinsip saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. bro!

    Anything we said about FAM, is just like ' anjing menyalak kepada bukit'. Nothing we can done. Its better for us to wait Sultan Pahang resign or no more as President to change the attitude of people in Fam.

    Now, who going to lead MSL. The subsidiary of MSL that generate most income to FAM? Now they used all the come from MSL for their own agenda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think it's the MSL committee that TSAM is suspended from, not MSL Sdn Bhd.
      Anyway the MSL committee is rather insignificant when it comes to making changes.

      Delete
  7. Salam sejahtera saudara haresh.

    1.) Sebar-sebar kan lah kepada wartawan seangkatan atau pun bekas wartawan supaya tidak menanyakan soalan prestasi skuad kebangsaan kepada pegawai selain daripada SU Agung FAM dan Presiden FAM.

    2.) Kerana apabila pegawai lain menjawab soalan daripada wartawan tersebut,maka jadilah seperti apa yang berlaku terhadap Annuar Musa.

    3.) Samaada wartawan yang menanyakan soalan tersebut kepada Annuar Musa mempunyai agenda lain atau berkomplot dengan orang lain,hanya Tuhan yang lebih mengetahui. Cuma natijahnya hanya dari soalan wartawan tersebut,maka Annuar Musa hilang jawatan,KAFA hilang seorang pemimpin yang ikhlas sedaya upaya menaikkan KAFA,KAFA hilang orang yang berusaha sedaya upaya mencari penaja besar untuk KAFA. Kalaupun FAM tidak menghendaki Annuar Musa,KAFA amat memerlukannya. Buka mata seluasnya, adakah pemimpin bolasepak negeri lain yang sepertinya? Hakikatnya perubahan yang dibawa Annuar Musa untuk bolasepak Kelantan juga mendapat pujian kelab-kelab penyokong negeri lain dan mengimpikan corak kepimpinan yang seperti itu di negeri mereka. Juga jangan lah dilupakan Annuar Musa yang berusaha mencari penaja kepada Liga Malaysia sehingga beroleh penajaan daripada Astro.

    4.) Apa akan jadi selepas ini kepada bolasepak Kelantan dan KAFA? Wartawan tersebut bolehlah tersenyum sinis dan bertepuk sorak gembira. Sekurangnya KAFA kehilangan tokoh penting untuk 2 tahun setengah. Kalau kita tidak maju,janganlah kita juga iri hati melihat kemajuan orang lain.

    4). Sejujurnya saya lebih menghormati wartawan seperti saudara daripada wartawan dan bekas wartawan yang mempunyai sikap dendam kesumat dan menggunakan media tempatnya bekerja sebagai medan peribadi melunaskan dendam, menghangatkan keadaan,bukan untuk menjernihkan keadaan. Tulisannya dibaca ribuan malah jutaan orang. Api kebencian yang ditiup sedikit sebanyak termakan juga oleh orang ramai yang membaca. Siapakah yang akan menanggung dosa ini? Atau perkiraan dosa pahala tidak lagi ada diguna pakai? Hukum karma buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat. Maka kami seluruh rakyat Kelantan mengadu pada tuhan kami,semoga apa yang berlaku ini jika benar Presiden kami diainaya maka kami berharap balasan setimpal yang menanti mereka. Jika pun tidak di dunia sini di kehidupan yang satu lagi.

    Salam Hormat.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. 2 tahun 6 bulan jer bro. We are learning from mistake. We are learning something here.

    ReplyDelete
  9. http://news.gegar.my/2012/04/leverage-azzudin-dan-fam-siri-3-minit.html#.T33B1XPBZSo.facebook

    ReplyDelete
  10. hope this episode will show us the need for transformation in football and azudin and the President should resign now...for the sake of football.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What went wrong with KL SEA Games?

145 gold medals.
It's the best Team Malaysia has ever achieved since the inception of the SEAP Games in1959.
The 29th edition of the SEA Games in Kuala Lumpur ended yesterday. The opening ceremony dazzled those at the stands and viewers at home while the performances during the closing ceremony yesterday jogged plenty of musical memories to many.
Our athletes, the real superheroes, brought smiles through their heroic display. They made everyday a happy day.
Kudos to the officials - from the coaches, the National Sports Institute and National Sports Council - for their hard work in ensuring our athletes perform to their best.
But it was not all memorable.
From

'World fashion disaster' in KL

World Fashion Week Asia 2017 ended over the weekend.

And the launch on Friday at Palace of the Golden Horses at Mines Resort City just outside Kuala Lumpur turned out to be a forgettable night.

Why?

It was poorly organised.

Just as many are trying to get over the nightmare witnessed throughout the KL SEA Games, the organiser of World Fashion Week Asia 2017 has made it look like Malaysians seem to have lost it when it comes to hosting major events and hospitality.

Here's why.

Royal protocol ignored

1. The Sultanah of Terengganu Sultanah Nur Zahirah was invited to grace the event.
    a. There was no holding room for the Sultanah and VIPs accompanying her.
    b. The Sultanah was invited on stage without anyone accompanying her there (a big NO NO if anyone knows protocol involving royalty).
    c. The event dragged on till 11.30pm, way past the cut off point of the very many events I've attended with members of the royal family present.
   d. The Sultanah was forced to walk all t…

Klang run 'illegal', says Sports Commissioner

UPDATE (Dec 11; 11.58am): Sporting events approved by Sports Commissioner's Office will be posted on the Youth and Sports Ministry's website starting Dec 14, as revealed by the Sports Commissioner in her statement today. I'm glad the last point of my observation (as per posting right below) has been addressed.

---

UPDATE (10.57pm): A Twitter user had sent me a link by the organiser of the Klang Heritage Marathon 2017. It states that the marathon has been "postponed to Oct 14, 2018" and that they have been victims of fake news and will lodge reports with the authorities against materials with elements of defamation or fake news. Read the full statement, posted on Dec 2, here.

---
ORIGINAL POST

A Klang City International Marathon 2017 pacer suffered serious injuries after she and two others were hit by a car

Turns out that the organiser of this morning's event, Earth Runners International Group Sdn Bhd, DID NOT submit any application to the Sports Commissioner&#…