Tengku Abdullah bertitah
UNTUK SIARAN SEGERA
KUALA LUMPUR
Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang diadakan pada 4 April 2012.
Sebagai penjelasan, kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4hb Februari 2012 tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM untuk menghormati Perlembagaan FAM dan untuk memastikan supaya kami mematuhi semua peraturan-peraturan yang jelas dinyatakan didalamnya.
Walaubagaimanapun, saya pasti bahawa Jawatankuasa Disiplin telah menjalankan penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus dan mengikut undang-undang FAM.
Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi.
Walaubagaimanapun, saya bersimpati dengan bekas Timbalan Presiden Yang Berbahagia Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tesebut, satu keadaan yang kami semua pernah mengalami. Minat yang amat mendalam di dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk menyemak semula apa yang mugkin tidak lagi penting bagi masa depan pembangunan bola sepak.
Dengan itu, saya menawarkan diri saya sebagai pengantara untuk menamatkan kebuntuan ini dan membaiki apa-apa keretakan yang mungkin wujud disebabkan oleh insiden malang ini. Kita mesti akui dan menghargai sumbangan-sumbangan dan usaha-usaha yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan. Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengalami kesan buruk daripadanya. Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada faktor-faktor mitigasi yang wujud dan menyelesaikan perkara ini secara damai demi kebaikan bola sepak Malaysia.
Maka, kita mesti mempunyai sikap memandang jauh dan menumpukan perhatian keatas apa yang sebenarnya penting-kemajuan bola sepak Malaysia. Perhatian semestinya ditumpukan keatas bola sepak semata-mata dan bukan perkara remeh- temeh.
YH DATO’ ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR
SETIAUSAHA SULIT
PEJABAT KDYTM TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
KUALA LUMPUR
KENYATAAN AKHBAR OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA MULIA TENGKU
ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM)
Berikutan daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini, khususnya berkaitan dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM terhadap Tan Sri Annuar Musa, saya ingin menyatakan kekesalan saya keatas apa yang telah berlaku.ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM)
Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang diadakan pada 4 April 2012.
Sebagai penjelasan, kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4hb Februari 2012 tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM untuk menghormati Perlembagaan FAM dan untuk memastikan supaya kami mematuhi semua peraturan-peraturan yang jelas dinyatakan didalamnya.
Walaubagaimanapun, saya pasti bahawa Jawatankuasa Disiplin telah menjalankan penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus dan mengikut undang-undang FAM.
Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi.
Walaubagaimanapun, saya bersimpati dengan bekas Timbalan Presiden Yang Berbahagia Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tesebut, satu keadaan yang kami semua pernah mengalami. Minat yang amat mendalam di dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk menyemak semula apa yang mugkin tidak lagi penting bagi masa depan pembangunan bola sepak.
Dengan itu, saya menawarkan diri saya sebagai pengantara untuk menamatkan kebuntuan ini dan membaiki apa-apa keretakan yang mungkin wujud disebabkan oleh insiden malang ini. Kita mesti akui dan menghargai sumbangan-sumbangan dan usaha-usaha yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan. Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengalami kesan buruk daripadanya. Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada faktor-faktor mitigasi yang wujud dan menyelesaikan perkara ini secara damai demi kebaikan bola sepak Malaysia.
Maka, kita mesti mempunyai sikap memandang jauh dan menumpukan perhatian keatas apa yang sebenarnya penting-kemajuan bola sepak Malaysia. Perhatian semestinya ditumpukan keatas bola sepak semata-mata dan bukan perkara remeh- temeh.
YH DATO’ ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR
SETIAUSAHA SULIT
PEJABAT KDYTM TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
Haresh, tolong check kenapa S/U Agung FAM statement skrang ni jelas menunjukkan dia dalang dalam segala hal di FAM. Dia menyatakan kena bayar kos mesyuarat dan kos ini telah diluluskan sewaktu TSAM berada dalam exco sedangkan usul diluluskan sebelum TSAM berada dalam FAM. Presiden sendiri pulak kata sejak bila kos2 ni kena bayar. Ni nampak SU lebih sudu dari kuah nie kenapa? Dahlah dia mengemukakan tuduhan tapi masa hari perbicaraan, napa dia takut nak hadir.
ReplyDeletebang, tolonglah kirim surat pada presiden, mungkin baginda berundur demi kebaikkan bolasepak. bawa sama si-jeneral itu
ReplyDeletePastikan sampul surat warna kuning..ok
ReplyDelete