Di mana Nazmi Faiz Mansor?

Berikut merupakan persoalan buat pemerhati bola sepak tanah air.

Berdasarkan kepada apa yang tertera di laman web rasmi SC Beira-Mar, bakat muda Nazmi Faiz Mansor telah "dilepaskan selama enam bulan dan pulang ke Malaysia untuk menolong pasukan negara bermain dalam pertandingan AFC."

Pulang ke Malaysia?

Bermain dalam pertandingan AFC?

Kini bermain dengan pasukan Liga-M?

Pertama sekali, Nazmi Faiz tidak tersenari oleh jurulatih kebangsaan K.Rajagobal dalam skuad yang akan beraksi menentang Iraq dalam satu perlawanan persahabatan hari ini diikuti perlawanan pertama pra-Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha pada 6 Februari.

Perlawanan kedua Malaysia dalam pertandingan kelayakan Piala Asia 2015 ialah dengan Yemen pada 22 Mac.

Skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee pula kini sedang giat berlatih di Gold Coast, Australia. Skuad tersebut sedang bersiap-sedia untuk mempertahankan pingat emas mereka di Sukan SEA di Myanmar akhir tahun nanti.

Tiada sesiapa yang mengetahui jika Nazmi benar-benar di Malaysia. Astro Awani cuba mendapatkan komen dari bapa Nazmi dan ejennya tetapi gagal.

Beberapa hari yang lalu, Nazmi 'terjerat' dalam kontroversi di antara pemain Darul Takzim FC Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Tengku Fiella seperti dilaporkan di sini.

Jadi di manakah Nazmi? Meninggalkan Biera-Mar untuk bermain dengan pasukan Liga-M?

HD kata: Harap dapat bercuti di Portugal suatu hari nanti.

Comments

  1. TEKANAN PERASAAN.. Duduk jauh, cinta tidak berbalas, Berhubung dgn kwn2 di Malaysia melalui media social, bercerita kisah kisah lama ketika bersama2 "having fun" Sebelum dia popular, berjauhan Dari keluarga, tekanan dr pihak club, xde buddy seusia yg menemani beliau ( BFF ), kalau main dkt m'sia satu negara kenal ( popular ), main dkt sana segelintir je yg Akan kenal, coverage Akan lebih meluas kalau main dkt negara sendiri, SPM dah settle ke belum, player player dkt sini meletup letup cerita sensasi, peluang nak beraksi dlm game kurang, asyik training tp tak dpt main.. Kemungkinan ini antara perkara2 yg bermain main di Dalam fikiran Nazmi Faiz Mansur..Pendek kata,bermacam macam perkara yg berlegar legar di dlm
    kepala Nazmi Faiz Mansur yg berumur 19 TAHUN itu.. Di mana fokus beliau agaknya.. Apa apa pun, NaZmi Faiz Mansur hanyalah MANUSIA BIASA yg di beri Bakat utk bermain bolasepak OlehNYA namun dia tak terlepas Dari Menerima ujian juga DARINYA.. Beri ruang kepada dia untuk menentukan Hala tuju, untuk memperbetulkan kehidupan dirinya dan harap kita terus berdoa agar NaZmi Faiz Mansur terus mempamerkan mutu permainan yg baik, Di beri bimbingan baik Dari segi mental, physical, kerohanian, dan juga jati diri. Saya sgt support NaZmi Faiz.. Keep on play beautiful football brother...

    ReplyDelete
  2. betol tu..beliau masih muda utk adopt perkara2 macam nie..

    ReplyDelete
  3. nie mesti sbb kes awek.. adoiii.. fokus la kat karier.. nanti ko dh berjaya.. awek yg cari ko.. ko plak leh pilih yg terbaek untuk ko.. apa sgt la TF tu.. ramai lagi rasanya pompuan.. nie la player malaysia.. problem2.. pk pompuan jer.. pastu mula la lembik lutut

    ReplyDelete
  4. Nazmi Faiz, jangan sia-siakan bakat. Memangla susah utk adapt kehidupan sana. Tp kena pandai biasakan. Buktikan kepada pemain lain bahawa jika kita ingin berjaya, liga seperti di Portugal dan Spain adalah tempatnya. Negara ni lbh mementingkan skil kawalan bola dan hantaran di samping gelecek (beat off the players).

    ReplyDelete
  5. Nazmi please learn a thing or two from Titus.I think he is playing for a 3rd division club in France for the past 2 years.
    Set your mind and goals to reach as high as possible.
    Chicks can come later..and they will sure come if you make it as a great Malaysian talent.Best of Luck.Please don't come back so soon.

    Cheers
    Peminat Bola JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. For Malaysian footballers, Chicks come first, career later..do we (FAM Officials) really check on his progress?? Anon Feb 1st 1pm..am 100% agree with you..

      KERMIT THE SPIDER

      Delete
  6. Hangat-hangat tahi ayam, inilah cerita bolasepak Malaysia. Overpaid but under performing so called 'stars'. Sepatutnya rasa bersyukur boleh main bola walaupun ditahap yg rendah dan sudah dapat gaji lumayan. Kalau tidak, sapu jalan dan potong rumput sajalah. Menyampah...

    ReplyDelete
  7. kena tanya tengku abdullah sebab sc beira mar deal ngan anak raja nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'