PHD - Perasaan Hasrat Dengki



PHD,
Ertinya, perasaan hasrat dengki.
ianya penyakit sukar diubati.
Ada yang tidak mempedulikannya,
ada pula yang taksub dengannya.

PHD,
Ertinya bila seseorang mengambil gambar rumah rakan sekerja yang kononnya cantik,
Dan mengirimkannya kepada SPRM.
Apabila teman kerja memandu kereta Jepun (model biasa jer),
Si dia melaporkan kepada pihak atasan.

PHD,
Ertinya tidak sanggup melihat orang lain berjaya,
tetapi sifatnya malas, nak gaji besar, tak nak kerja.
Bukannya 'thinker',
hanya 'trouble maker'.

PHD,
Jangan cepat melatah bila ditegur,
tiada 'agenda' disebalik kritikan.
Orang besar menerimanya dengan minda terbuka,
Kamu pula, bagaimana?

PHD,
Itulah sifat anda.
kononnya "berpelajaran",
Usah bercita-cita nak jadi orang besar,
Dengan perasaan hasrat dengki, anda akan 'kecil' selama-lamanya.

Majulah Sukan Untuk Negara

Comments

Popular Posts