Boikot Piala Malaysia 2011

UPDATE (1.26pm): This was twitted to me some 20mins ago.

azryck

mmg la mahal, tp skali skala, x masuk final bising, dah masuk bagi alasan, kata penyokong tegar, setahun skali jang oi!!

20 minutes ago

---------

DEKLARASI PIALA MALAYSIA 2011

Salam 1 Malaysia,

Satu ketetapan telah disepakati oleh kami Kelab E-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) sebagai peneraju kelab penyokong bolasepak di Negeri Sembilan bahawa kami akan melancarkan kempen :

“ SOKONGAN PADU TIDAK BERBELAH BAHAGI DARI LUAR STADIUM KEPADA SKUAD HOBIN JANG HOBIN ”

Ketetapan ini terpaksa diambil oleh kami kerana komitmen kami yang tinggi dalam menyokong pasukan kesayangan kami yang akan bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober 2011 ini seolah-olah telah diragut dengan ketetapan pihak FAM sebagai badan induk bolasepak negara yang telah menetapkan tiket untuk menyaksikan perlawanan ini dengan harga yang sangat membebankan.

Oleh itu kempen ini akan mengesyorkan kepada seluruh peminat bolasepak Negeri Sembilan agar tidak membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini. Namun begitu sokongan kami terhadap pasukan kesayangan kami tidak akan luntur sama sekali dan kami akan tetap menyokong dan mendoakan kemenangan pasukan Negeri Sembilan di pentas final kelak. Alternatif daripada itu kami akan kerahkan tenaga untuk menyokong pasukan kami dari luar stadium dengan apa cara sekalipun demi menaikkan semangat pasukan Hobin Jang Hobin.

Deklarasi ini juga telah disepakati bersama oleh Komuniti Maya Penyokong Bolasepak Terengganu (Ganusoccer.Net) bagi pihak penyokong pasukan bolasepak Terengganu yang turut akan beraksi pada perlawanan akhir tersebut.

Sekian,terima kasih.

MUSUHNYA HABIS BINASA”

“HOBIN JANG HOBIN”

MOHD FAIDZUL BIN MOHAMAD NOH,

Timbalan Presiden,

Kelab E-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM)

HD says: An empty stadium?

Comments

  1. i've bought 2 tickets, for the sake of sportsmanship. Nevertheless, FAM should address this issue.Don't create excuses for being ignorant.

    ReplyDelete
  2. Boycotting is not the answer - the players still need our support. A whole new chapter is to be written in the history of M'sian football. How (yet another) a selfish decision is being made and backed by ridiculous justifications which insult the intelligence of football fans in general. All by the very organization that is supposed to promote the sports.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'