Drama tiket

UPDATE (Oct 24, 9am): MSL Sdn Bhd are aware of this problem and will added security features in the sales of tickets next season. Read more in today's Mailsport.

-----

Isu tiket lagi.

I remember writing about the 'over-printing of tickets' during the FA Cup final this year as seen here.

A month prior the FA Cup, I mentioned in my column there were past year's tickets sold at the venues this season as written here.

Hours ago, I received this email. You be the judge.


Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Saya disini mewakali ribuan penyokong Pasukan Terengganu ingin meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai penjualan tiket Separuh Akhir Semi Final 2 antara Terengganu vs Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.

Untuk pengetahuan saudara media yang dihormati, PBSNT telah memaklumkan bahawa penjualan tiket separuh akhir ke 2 hanya akan mula dijual pada hari sabtu 22/10/2011 jam 9.00 pagi.

Oleh itu ribuan penyokong pasukan Terengganu tidak kira dari jauh dan dekat datang beratur seawal pukul 8 pagi. Apabila Kaunter tiket dibuka, amat mendukacitakan tiket telah habis tidak sampai 15 minit. Mustahil 15 ribu keping tiket boleh habis dijual dalam masa 15 minit. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong setia pasukan terengganu yang terpaksa beratur dalam keadaan hujan lebat dan basah kuyup.

Isu yang ke 2 pula ialah mengenai ulat tiket yang berleluasa di perkarangan stadium. Selepas dimaklumkan oleh kaunter tiket yang tiket telah habis,maka timbul la ulat-ulat tiket yang cuba mengaut keuntungan berlipat ganda. Ada di antara mereka terpaksa membayar rm 20.00 untuk sekeping tiket sedangkan harga tiket yang telah ditetapkan oleh PBSNT hanya Rm 15.00 satu keping. Difahamkan juga ada ulat tiket yang menjual harga semahal rm 30.00 satu keping. Dkhabarkan juga, harga tiket semakin melambung ekoran ramai lagi penyokong setia pasukan terengganu yang masih belum mempunyai tiket. Persoalan yang ingin saya ungkaikan, kenapa ulat tiket berjaya mendapatkan ratus-ratus tiket,atau ribu-ribu tiket dalam masa 15 minit? kenapa tidak dihadkan seperti setiap seorang hanya boleh beli dalam 50 keping atau lebih?atau mungkin ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan perkara ini berlaku? Di Fahamkan juga,ada segelintir penyokong sudah dapat membeli tiket pada hari jumaat 21/10/2011 sedangkan PBSNT memaklumakan bahawa tiket secara rasmi akan dijual pada hari sabtu 22/10/2011 jam 9.00 pagi. Apabila ditanya,pembeli tiket itu memberitahu dia telah menempah tiket dan membeli dengan salah satu kelab bola sepak terengganu dengan harga rm 16.00. Disini sudah nampak ketidak telusan PBSNT dalam urusan penjualan tiket. Bagaimana nasib kami yang datang dari puncak kuantan,Kemaman,Dungun atau mana-mana tempat selain dari bandar Kuala Terengganu?apabila kami beratur panjang,kami amat kecewa apabila penjaga kaunter tiket memaklumkan yang tiket sudah habis sedangkan kami terpaksa beratur satu jam lebih untuk menunggu kaunter tiket dibuka????

Isu yang ke 3 ialah ,apabila kami cuba membeli tiket dari ulat,kami terkejut kerana tiket yang bagi itu adalah tiket salah. Tiket itu tertera perlawanan liga super antara Terengganu Vs Negeri Sembilan pada 22/05/2011. Harga ditiket tersebut hanya rm 10.00. Kami was-was dan bertanya sekali kepada ulat tiket tersebut. Jawapan yang bagi oleh ulat tiket tersebut ialah ,tiket tersebut adalah tiket tambahan. Ulat tiket itu juga memaklumkan bahawa dia mendapatkan tiket itu dari orang dalam. Namun kami risau dan takut kerana mungkin tiket itu adalah tiket palsu. Tuan semua boleh lihat gambar tiket tersebut yang telah saya attachkan. Perkara ini juga berlaku pada suku akhir pertama piala malaysia 2011 antara terengganu vs kelantan. ribuan penonton yang membeli tiket tambahan tetapi tidak dapat masuk stadium. Tuan boleh lihat perkara ini di blog http://redsfcnews.blogspot.com/2011/10/pbnst-sila-buat-penjelasan.html.

Saya berharap, pihak FAM dapat menyiasat perkara ini dengan segera. Perkara ini juga melambangkan imej negara kita.Ia juga boleh merosakan semangat seseorang daripada yang minat bola kepada yang membenci bola.Majulah Sukan Untuk Negara.Saya Beharap perkara ini dapat hebahkan supaya menjadi Pengajaran kepada yang lain.

Yang Kecwa

Penyu Nelang

HD says: Bagi pihak yg berkenaan, cuba cite sikit.

Comments

  1. SAUDARA HD

    MEMANG BETUL PERKARA TERSEBUT BERLAKU.FAM & TERENGGANU FA KENA BERI PENJELASAN.


    PEMINAT SUKAN-PETEH GANU PETEH

    ReplyDelete
  2. Its also happened during quarter final, match Terengganu vs Kelantan. But no action neither from PBSNT nor FAM.

    kemahkemim says: who is ORANG DALAM???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'