Pemain bolasepak kita 'bodoh'

TERKINI 6.55pm: Ini kata-kata seorang pemain Liga-Super setelah membaca artikel ini;

"Bro susah with these guys...last time want to get them to join PFA when they were active pon susah. The older players understand but the younger generation all don't give a crap"

Ini pula kata-kata seorang lagi pemain;


"Abang, memang confirm ada player yang dipaksa sign contract keluar team. Kalau tak sign, org FA buat hal. Nak bagitau siapa?"

------

Perit untuk mendengar kan?

Tetapi itulah hakikatnya.

Kenapa pemain-pemain kita masih dibelenggu masalah gaji dan dibuang tanpa sebarang alasan kukuh?

Siapakah yang menjaga kepentingan mereka?

Mana perginya Professional Footballers Association (PFA) yang ditubuhkan 2010?

Ramai pemain yang masih menunggu Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia bermesyuarat untuk meneliti aduan mereka. Ada pemain yang masih belum dibayar oleh persatuan untuk dua dan tiga musim.

Ada pula disuruh tandatangan "mutual termination" walaupun tidak ingin meninggalkan pasukan - takut "dibuang negeri" kalau tak ikut cakap bos.

Kenapa pemain-pemain kita memberi peluang kepada majikan mereka menjejaskan periuk nasi mereka?

Pemain harus sedar, tanpa mereka, tiada Liga Malaysia.

Pemain harus sedar, tanpa mereka, pasukan mereka tidak akan mendapat sebarang kejayaan.

Pemain harus sedar tanpa mereka, tiada pasukan negara.

Jangan terlalu cepat menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia. Mereka terlalu asyik dengan drama sendiri. Lagipun, ahli exco FAM semuanya dari persatuan negeri. I scratch your back, you scratch my back lah.

Jangan menyalahkan persatuan negeri. Walaupun ada 4 timbalan, 10 setiausaha, dan 100 ahli majlis - susah untuk buat kerja kerana semua ada agenda tersendiri.

Jika anda tidak ingin ditindas lagi. Bangkit.

Tubuhkan satu Kesatuan (Union) di mana ahli jawatankuasannya terdiri daripada pemain - dan bukannya ahli politik ataupun anak kepada staf persatuan.

Baca kontrak dengan teliti. Kalau susah sangat nak faham Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, dapatkan khidmat seorang peguam. Kalau dengan gaji boleh booking BMW, Honda Odyssey atau beli iPhone, takkan tak mampu lawyer.

Tiada sesiapa yang akan menolong anda kecuali diri sendiri.

Daripada melatah melihat tajuk artikel ini, baik anda renung-renungkanlah apa yang tersirat disini.

HD kata: Come on lads, you deserve better!

Comments

  1. hehehe...biasala bro...spm pun cukup makan...mana tau nak tubuh union...masa kat sekolah besar kepala...glamer lebih xnak buka buku sket...rasanyer xperlu nasihat sangat puak nie...makan rasuah pun seratus dua bookie kaut juta2...yg kena tangkap mereka lah juga...mmg bodohhh.....!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'