Liga Profesional? Tolong lah....

Dah berkali-kali para wartawan menulis mengenainya

Janji-janji manis telah dibuat sebelum liga bermula

Masih terdapat pemain yang sangkut gajinya

Inilah Liga-M, kononnya liga profesional kita

Bekas pemain Sabah Jeremy Danker bukan seorang sahaja

Dengar khabar ramai lagi yang sangkut gaji juga

Semua menunggu Jawatankuasa Status duduk semeja

Datuk Takiyuddin Hassan pengerusi jawatankuasa

Ahli Pas yang sibuk bersiap untuk pilihanraya

Ahli-ahli jawatankuasa yang lain pun tiada masa

Nasib Jeremy dan rakan-rakan, macam tu jer la

FAM kata process ini akan mengambil masa lama

Macam court case yang selalunya lama gila

Pasukan negeri buat dek, seperti biasa

Bukan hal mereka, kisah management dulu katanya

Berapa lama pemain kita akan menjadi mangsa

Anda kata Liga M profesional? Saya malu mendengarnya....

HD says: Apa macam? Ok tak?

Comments

  1. Player punya masalah bukan masalah mgt. yang penting nak bunuh orang yang cuba nak lebih kat FAM

    ReplyDelete
  2. Saya rasa Sudah tiba masanya Ada undang undang yang tidak membenarkan ahli politik memegang apa apa jawatan dalam sukan. Jadi exco put tak boleh. Jadi secretary pun tak boleh. Zero JAWATAN DALAM SUKAN. NO JAWATAN AT ALL! Kenapa tak dibenarkan? Sebab bila Ada pilihan raya atau by election, Semua sibuk, tak kisah pasal sukan yang Mereka Terajui. Tiba tiba disappear. Bila orang tanya Dan minta pertolongan, salahkan management lama. Is this professional? The answer is AMATEUR. biar la businessman Dan bekas Pemain yang menerajui sukan. Businessman boleh buat duit untuk persatuan atau club manakala bekas Pemain boleh bagi knowledge Dan experience Dan Tunjuk ajar Dari segi tactical Dan technical. ZERO POLITICS IN SPORTS!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'