Liga Super 2013 - siapakah pasukan pilihan anda?

"Saya sudah menemui ramuan terbaik untuk pasukan (bagi menghadapi musim baru Liga Super), namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki terutamanya di bahagian tengah."

Itu kata-kata jurulatih pasukan Selangor Irfan Bakti seperti dilaporkan Bernama semalam.

"Saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persediaan bagi menghadapi Liga Super musim depan sebelum menyenarai pemain. Saya yakin kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih."

Ini pula pendapat jurulatih Negeri Sembilan Divaldo Alves

Pasukan-pasukan kini bersiap sedia untuk musim baru Liga M. Siapakah pasukan pilihan musim depan? Darul Takzim FC yang dibarisi pemain-pemain 'bintang', Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan atau pun Perak?

Mampukah ATM beri saingan?

Apa pendapat anda?

HD kata: Sudah pasti tahun depan musim yang menarik.

Comments

  1. I could see a same script of MSL just like the past 3 years. Yes, it is an early season and everyone was exciting but will we produce the end product towards the end?

    ReplyDelete
  2. Saya menjangkakan skrip yang sama seperti MSL tahun lalu. Hanya excited di awal musim tapi pertengahan membosankan dan penghujung sedikit dramatik. Pokoknya dimana end product untuk pasukan negara dan penjadualan MSL yang sekali lagi 'memenatkan'

    ReplyDelete
  3. Suatu perkara yang pelik, kenapa Piala Malaysia di asingkan. Kenapa jadual perlawanan Piala Malaysia tidak dimasukkan dicelah-celah perlawanan liga seperti Piala FA?

    Ada ke di mana-mana negara lain, musim bolanya berakhir bukan dengan perlawanan liga?

    Seperti yang dikatakan dulu, terlalu ramai pemain yang mengambil kesempatan dari Piala Malaysia untuk membuat "marketing".

    p/s Adakah perlu 4 Piala dipertandingkan pada satu-satu tahun/musim sedangkan di Malaysia, pada bulan Ramadhan, tiada program bola?

    Gomo Kelate Gomo!

    Kamarul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr..Piala Malaysia ada tradisi bola sepak Malaysia. Apabila FAM memutuskan kesemua 24 tim akan bermain dlm Piala M'sia tahun lalu, 80% peminat menentangnya. Justeru lihatlah Piala Malaysia ibarat 'Champions Legaue' pada 16 pasukan 'terbaik'. Kesempatan ramai pemain 'memarketingkan' diri pada saingan Piala Malaysia adalah hak mereka yang tahu jangkahayat karier mereka adalah terlalu singkat. Cuma yang perlu diperbaiki adalah kontrak pemain-persatuan yang pasti mengelirukan terutama pada hujung musim. 4 Piala amat memadai dan kita negara islam perlu melihat bulan ramadhan sebagai bulan ibadah umpama 'winter break' terutama untuk pemain - pemain melayu / islam. My 2cents Sdr...

      KERMIT THE SPIDER

      Delete
    2. Setuju dgn sdr kermit.

      Lagipun kenapa perlu liga yg panjang sehingga hujung tahun semata2 kerana "org lain buat begitu"? Lagipun ini pendapat kurang tepat bahkan di eropah liga mereka hanya sepanjang 9 bulan shj kerana ada summer break. Tak termasuk midseason winter break.

      Saya juga tak bersetuju dgn andaian marketing bagi players dalam piala msia. Pemain kelantan dan atm konsisten dalam semua pertandingan. Dan sekiranya benar, tiada salahnya marketing kerana kontrak pemain msia selalunya pendek2 setahun dua. Bukan seperti di eropah sehingga 3-5 tahun.

      Di negara2 arab malahan di saudi, perlawanan liga masih berlangsung di bulan ramadan. Tapi saya setuju dgn ramadan sebagai break. Kerana nilai ibadah terlalu penting berbanding dgn sukan.

      Delete
    3. Maaf ye lambat jawab, tak sangka ada respon.

      Piala Sumbangsih dan Piala MSL itu memang patut. Tapi apa beza Piala FA dan Piala Malaysia? Jika mahu kedua-dua piala ini dipertandingkan, MESTI ada perbezaannya.

      Anda kata Piala Malaysia prestij? Saya setuju dari segi sejarah memang prestij. Tapi dari segi format terkini?

      Soalan di luar kotak; kenapa Piala Malaysia perlu lebih prestij berbanding Piala Liga?

      Soalan di luar kotak yang satu lagi; berkejar-kejar main 2 game seminggu - mula Januari dan liga tamat pada Julai. Cedera 3 bulan, maknanya minimum 50% dari liga akan duduk tepi padang. Cedera sebulan, boleh miss sekurang-kurangnya 9 perlawanan. Cedera seminggu ditambah dengan ujian kecergasan, boleh miss berapa perlawanan?

      Bukan saya nak sarankan supaya ada game pada bulan Ramadhan. Tapi bila tempoh semusim itu singkat, kenalah lebih bijak mengatur jadual perlawanan.

      Dan soalan saya berkenaan perlawanan liga sebagai penamat musim, belum terjawab. Bagi saya ini penting, kerana kejayaan sesebuah pasukan mengekalkan prestasi secara konsisten sepanjang musim patut diberi ganjaran paling lumayan dan penghormatan paling tinggi.

      Tidak salah dari segi undang-undang jika pemain hanya mahu mempamerkan prestasi sebenar hanya pada 3 bulan terakhir tempoh kontrak mereka. Tapi mana moralnya?

      Jika gaji dibayar setiap bulan, maka setiap bulan sepatutnya prestasi sebenar dipamerkan. Ini baru namanya profesional. Barulah namanya tak tipu peminat yang bayar SETIAP KALI ke stadium.

      p/s Secara peribadi, saya percaya, MVP 2012 dipilih berdasarkan prestasi Piala Malaysia dan bukan prestasi sepanjang tahun. Jika tidak percaya, tengoklah berapa jaringan MVP 2012 pada Liga Super. Ini contoh paling ketara walaupun ada banyak lagi contoh lain.

      Kamarul

      Delete
    4. Tiada yang diluar kotak.

      Yang membezakan prestij antara pertandingan2 berbeza ialah nilai komersial dan sejarah/tradisi. Format adalah perkara kedua.

      Contoh terbesar di eropah: Menang liga domestik (contohnya primera liga portugal) atau menang uefa champion's league.

      Saudara berkata seperti para pemain yg pilih diri mereka untuk bermain dalam setiap perlawanan. Jurulatih/manager yg bertanggungjawab untuk menurunkan 11 pemain terbaik. Sekiranya performance tak memuaskan, pemain2 patut digugurkan untuk perlawanan liga atau piala malaysia. Jika benar pun analisis saudara, saya sarankan saudara tak payah ke stadium sehinggalah ke 3-4 bulan terakhir musim bila pemain2 mula menunjukkan prestasi/kualiti sebenar supaya tak terasa ditipu!

      Lagi satu, main 2 kali seminggu sepatutnya tak jadi masalah untuk pemain2 profesional. Secara keseluruhannya pasukan2 liga malaysia bukan bermain sampai 45+++ perlawanan setahun seperti di eropah. Untuk musim 2013, liga malaysia memerlukan setiap pasukan untuk bermain 22 perlawanan sahaja bukan 38 seperti di BPL. Lagipun, kecederaan adalah sebahagian dari asam garam kehidupan bolasepak.

      Pada pendapat saya, persoalan2 di atas adalah remeh. Isu sebenar ialah bagaimana untuk meningkatkan profesionalisme, kualiti & ranking liga kita di peringkat asia.

      Delete
    5. Apa nilai komersil Piala FA, Piala Liga dan Piala Malaysia? Boleh bagi pencerahan, terutamanya kelebihan nilai komersil sesuatu piala berbanding sebuah piala yang lain?

      Boleh nyatakan, hadiah utama pemenang piala mana yang paling lumayan?

      Malah contoh yang saudara beri di Portugal itupun, merujuk kepada Piala Liga. UEFA itu tidakkah boleh disamakan seperti AFC Cup dan AFC Champions Cup? Jadi apa point saudara?

      Benar, jurulatih yang memilih 11 pemain yang turun padang. Tidakkah itu menandakan budaya yang berpenyakit. Disuburkan lagi oleh FAM yang tidak peka.

      Saya tidak kata saya bermasalah bila pemain bermain 2 kali seminggu. Malah diatas, saya telah cadangkan jadual Piala Malaysia diselitkan kedalam jadual Piala Liga seperti dilakukan pada Piala FA.

      Izinkan saya betulkan fakta saudara. Di eropah, permain 45+++ permainan setahun itu termasuklah perlawanan bukan dari liga utama. Itupun jika mereka tidak kalah awal pada pertandingan berformat kalah mati. Jangan juga lupa dieropah tempoh musim mereka lebih panjang. Pada cuti umum seperti Boxing Day pun mereka bermain. Maknanya, perbandingan saudara itu tidak tepat.

      Saya tidak kisah ke stadium sepanjang musim kerana pasukan saya, bilangan pemain "hujung tahun" hanya ada 1/2 orang sahaja. Termasuklah MVP 2012. Ingat lagi kritikan Rajagopal mengatakan bagaimana FA sepatutnya menjaga kecergasan pemain dan bukan FAM?

      Oh ya. Adakah anda benar-benar tidak kesah stadium tidak penuh sepanjang musim? Adakah berita 20,000 penonton yang menyaksikan Darul Takzim bermain seperti dilaporkan media baru-baru ini bukan sesuatu fenomena?

      Cuba lah tanya penyokong Terengganu, T-Team atau Perak, samada mereka setuju dengan pendapat anda.

      Bukankah semua kejohanan rantau (regional), olimpik malah Piala Dunia sekalipun menuntut format liga dalam kumpulan sebelum kepusingan kalah mati? Tidakkah anda merasakan format ini memerlukan kosistensi sepanjang kejohanan?

      Malah ranking ketetapan FIFA juga menitik beratkan soal konsistensi.

      Isu profesionalisme, kualiti dan ranking?

      Bukankah itu yang sedang kita bincangkan sekarang?

      Kamarul

      Delete
  4. Khabar angin bertiup kencang mengatakan Norsharul Idlan Talaha masih lagi belum menjelaskan wang tebus kontraknya kepada KAFA sehingga kehari ini,betul atau tidak only God knws ???.... HD could U pls look into it weather its true or only unfounded rumours

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Ramlan saga - Part 3