Apa cerita Cikgu Jan?

"Pihak pengurusan meluluskan permohonan cuti Norizan (Bakar) dan (Chong) Yee Fatt akan mengendalikan skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir."

Itu merupakan kata-kata pengurus pasukan Perak Khairul Azwan Harun. Baca selanjutnya disini.


Ada pemain-pemain Perak pula yang terkejut dengan perkembangan ini.


"Kami pun tahu dari Twitter, Facebook dan blog. Kami tak pasti perkara sebenar."


Rakan-rakan dari pihak Media pula gagal menghubungi Norizan (gambar), atau lebih dikenali sebagai Cigku Jan.


Ada yang menyatakan pihak pengurusan marah apabila Perak kalah 6-0 kepada Kelantan baru-baru ini. Maka Norizan pun terus direhatkan.


Ada pula desas-desus yang menyatakan Cikgu Jan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan segelintir anak buahnya tetapi majikannya enggan percaya.


Apa sekali pun, harap pihak-pihak yang berkenaan tampil ke hadapan untuk memberitahu situasi sebenar. Dan harap Perak dapat belajar daripada perjalanan mereka dalam Liga Super musim ini apabila menghadapi saingan baru di Piala Malaysia nanti.


HD kata: Sedih benar bila Perak kalah besar. Haih.

Comments

  1. Utk maklumat HD, che Gu Jan sendiri akui Kelantan memang hebat, akhir Jun lalu saya terserempak dgn Che Gu Jan di LCCT tatkala saya baru tiba dari KB, walau pun dia tidak mengenali saya tapi atas sifat kemesraan, saya menegur Che Gu Jan dan dia memberitahu yang dia dan anak buahnya baru pulang dari mengadakan perlawanan persahabatan dengan salah satu pasukan di Padang Indonesia, setelah saya memperkenalkan yang saya adalah anak Kelantan, lantas dia menjawab "KELANTAN MEMANG HEBAT NOOO...PENYOKONG DIA PON HEBAT.. SUSAH SAPA NAK LAWAN DIA... belum habis berbual bas yang membawa pasukan perak pun tiba dan perbualan kami berhenti setakat itu..rupa2nya ramai jurulatih dan pengurus pasukan kata Kelantan hebat melainkan IRFAN BAKTI...

    ReplyDelete
  2. HD

    Cikgu Zan or Cikgu Jan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orangnya sama loghat mulut sahaja berbeza....

      Delete
    2. My bad. Made the changes. Thank you for pointing it out.

      Delete
  3. Haresh

    I'm not surprise if there was "unhealthy" element in that game though I was expecting the results to the other way around (should the unhealthy elements took place).

    Pak Nik

    ReplyDelete
  4. Cikgu Jan Lambung.
    itu gelaran daripada penyokong2 Perak.

    ReplyDelete
  5. Sorry to say this but I think SPRM should investigate Perak and T Team.

    Pak Nik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts