Apa status gaji pemain KL?

Hari ini 28hb Julai.

14 hari selapas KL bermain perlawanan terakhir Liga Super musim 2012.

Tiga hari sebelum akhir bulan.

22 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Tapi dengar khabar pemain-pemain bolasepak KL masih belum dibayar gaji mereka - tiga bulan rasanya.

Betul ke KLFA? Kalau benar, bila nak bayar?

Malang sekali isu tunggakan gaji pemain pernah disentuh penulis sebelum ini - KLFA to be banned?, KL tidak akan tarik diri, Pemain bolasepak kita 'bodoh' dan Liga Profesional? Tolong lah...'

Janji-janji mains telah dibuat....tapi macam tu jugak. Haih.

HD kata: Sedih...memang sedih.

Comments

  1. kedekut btul exco2 yg gaji bsr..ape la salah tong2 duit sket hulur kt pemain..buat mcm program anak angkat..rase nye exco2 sume businessman..x kan nak harap dato astaman je cover sorang2..die pun x mampu kalu sorang2

    ReplyDelete
  2. Honestly, cant the players take them to court? I pity the players. Sigh.

    ReplyDelete
  3. Really sad. I feel for the players.

    ReplyDelete
  4. Honestly, cant the players take them to court? I pity the players. Sigh.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Presiden Sahaja yang donate guna duit pocket dia? Kenapa timbalan presiden, naib presiden, exco, secretary, tak nak donate sekali? Bukannya Mereka mempunyai syarikat besar Dan berpangkat Dato? Apa salah Nya Mereka donate sedikit buat masa ni? Adopt la Dua tiga player. Ini buat sementara waktu Sahaja. Datuk bandar KL yang baru ni dengar cerita minat bola sepak Dan ingin lihat KLFA bangkit Semula, tapi dah seminggu Jadi Mayor, tak Ada bantuan pun diberi? Bukannya haritu Presiden dah jumpa datuk bandar Dan juga wakil kemeterian wilayah ke untuk Selesaikan masalah ini? Bila je nak Selesai kan? Hari raya nak dekat. Sekarang pun dah hujung Bulan Julai. Memang Sedih. Saya tak terkejut Kalau Semua Pemain KL tinggal kan KL Musim depan. Saya tak terkejut Kalau Hanya Ada Pemain Dari Piala Presiden Sahaja. Siapa yang nak stay dalam team yang tak dibayar gaji melainkan Pemain tu memnag setia pada KL, Selalunya Pemain tu dilahirkan di KL. Tapi Kalau situation tu dah macam ni, loyalty dah tak Ada makna la kan? Sedih. Sedih amat Sedih. Sebuah pasukan bola sepak yang terletak di tengah tengah Bandaraya yang tersegam indah dengan pencakar langit Dan syarikat syarikat besar, tapi Tiada yang hendak hulurkan bantuan. Kalau dibandingkan di liga lain, di mana sebuah club yang represent ibu Kota negara itu, club itu sungguh berjaya. Kenapa situation ni berlaku? Adakah presiden tak Mampu cari sponsor, atau syarikat memang tak nak sponsor? Atau kedua duanya sekali? Kenapa ibu Kota Malaysia tak Ada orang nak sponsor berbanding Negeri Negeri atau club lain yang jauh Dari ibu Kota Malaysia, jauh ketinggalan dari segi infrastruktur tapi masih di sponsor Oleh syarikat Swasta.


    Tapi buat sementara waktu ni, exco exco, timbalan presiden, naib presiden, secretary Dan juga seluruh warga Kota KL di harap menghulurkan sumbangan. Nak harap DBKL Dan datuk bandar macam tak dapat je. Di harap selepas ini kempen KLFA di hidup kan semula, advertise kan di taxi taxi Dan bus bus Dan juga di bus stop. Edarkan flyers. Buat charity drive, Adakan jogathon, Adakan perlawanan amal boleh panggil bekas Pemain KL, macam azman adnan, fandi Ahmad. Tak Susah pun buat kempen ni Semua. Sekolah rendah pun boleh buat. Tak kan la KLFA tak boleh buat?

    Kalau Dulu Kelantan yang jatuh SAMPAI FAM league tu boleh bangkit, kenapa KL yang Ada KLCC, Ada syarikat besar Dan bank bank besar ni, tak boleh bangkit jugak? Kelantan yang tak Ada KLCC pun boleh main dalam AFC Cup SAMPAI quarter finals. KL pula? KL Hanya famous tentang isu tidak di bayar gaji, isu yang tak pernah stop dalam Liga Malaysia. So saya harap dengan Ada Nya isu ini, Ada individu atau syarikat yang berbesar hati nak sponsor Dan hidup kan Semula KLFA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'