Razali: Atlet perlu diketengahkan.

Program pembangunan sukan perlu diberikan lebih tumpuan kerana ia adalah elemen penting dalam melahirkan atlet yang boleh diketengahkan pada kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata program pembangunan sukan itu termasuklah menghantar atlet menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan menghadapi sesuatu temasya sukan antarabangsa itu.

Beliau berkata usaha melahirkan lebih ramai atlet negara tidak akan berjaya dengan hanya memperbanyakkan pusat kemudahan sukan.

"Pembinaan pusat kemudahan sukan hanya mewakili satu pertiga daripada usaha itu (melahirkan atlet negara) manakala selebihnya ditumpukan kepada program pembangunan sukan.

"Jika tidak disertai dengan program pembangunan sukan, kita hanya menjadi negara yang mempunyai banyak kemudahan sukan tetapi tidak dapat melahirkan atlet bertaraf dunia," katanya lagi.

Itu merupakan laporan Bernama. Razali tepat menyatakan bahawa atlet-atlet negara perlu diberi lebih "exposure". Tidak guna membuang duit membina hanya satu velodrom berkelas antarabangsa atau satu stadium yang mampu menampung 100,000 peminat jika negara tidak mempuyai atlet-atlet yang setaraf kemudahan-kemudahan tersebut.

Apa yang lebih penting ialah atlet muda negara diberi peluang beraksi dan bukan hanya berlatih di luar negara.

Para pelapis kita harus di beri peluang untuk naik ke peringkat seterusnya. Razali telahpun bersua, kini mereka yang terlibat harus memastikan kata-kata Razali tidak disia-siakan.

HD kata: Kita harus beri anak muda kita peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Comments

  1. Keutamaan harus adalah pengstrukturan kemudahan sukan di sekolah-sekolah . Peningkatan pentauliahan guru-guru sukan dan pemberian insentif setimpal dengan tanggung jawab yang diberi bagi mempastikan pembangunan sukan akan melalui satu proses yang progresif dan sistematik. Memastikan peruntukkan pembangunan sukan dalam bajet negara tahunan digunakan secara efektif dan mengambil tindakan susulan secara berkala. Jangan mempolitikan sukan . Biar orang sukan memainkan peranan dalam mencartakan masa depan sukan negara .

    KCNR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum apa2 lagi dah sembang pasal insentif... Klu kerja pasal insentif sampai bila2 pun tak berjaya .... Ikhlas tapi jauh! Salam aidil fitri

      Delete
  2. Itulah tujuan SUKAN TERAS dahulu. Kepada mereka yang telah menamatkan program SUKAN TERAS berilah alasan anda!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'