Semoga berjaya kepada atlet paralimpik negara

Golongan paralimpik selalunya tidak mendapat perhatian seperti rakan-rakan atlet mereka yang lain.

Tetapi jangan kita lupa mereka juga wira negara.

Kontinjen paralimpik akan berlepas ke London malam ini. Sejumlah 23 atlit akan bertanding untuk merangkul pingat di temasya Sukan Paralimpik London 2012 yang akan berlangsung Ogos 29 nanti.

Malaysia yang menghantar 11 atlet dan mengambil bahagian dalam lima acara di Sukan Paralimpik Beijing empat tahun yang lalu. Kontinjen negara pulang berjaya dengan satu gangsa menerusi Siow Lee Chan (gambar) dalam acara powerlifting wanita bawah 56kg.

Atlet-atlet paralimpik negara yang akan ke London ialah;

Olahraga
Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Faridul Masri (merejam lembing F56), Eryanto Bahtiar (lompat kijang dan lompat jauh F46), Mohd Saifuddin Ishak (lompat jauh F13), Aderin Majurin (lempar cakeradan merejam lembing F33), Nursuhana Ramlan (lontar peluru F20), Nor SyazwaniAbdullah (100m & 200m T38) dan K. Hemala Devi (lontar peluru dan lempar cakeraF12).

Lawan Pedang
Abdul Rahman Razali

Renang
Zul Amirul Sidi Abdullah, Jamery Siga

Powerlifting
Siow Lee Chan, Sharifah Raudzhah Syed Akil, P. Mariappan

Ping Pong
Mohamad Azwar Bakar, Kok Zhi Liang

Pelayaran
Nurul Amilin Balawi, Al Mustakim Matrin

Memanah
Zulkifli Mat Zin, Mohd Zafi Rahman Mat Salleh, Hasihin Sanawi

Berbasikal
Mohd Khairul Hazwan Wahab, Khairul Naim Azhar

Erm, duit RM4 juta apa cerita?

HD kata: Semoga berjaya kepada wira kita!

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'