Siapakah yang akan menjulang Piala Malaysia 2012?

Samada pasukan-pasukan masih belum sempat menyesuaikan diri dengan tempoh 'rehat' yang lama, dah terlebih makan ketupat dan rendang atau....mungkin terlalu banyak perhatian diberikan kepada pasukan-pasukan 'gergasi' sehingga kita lupa kemampuan sebenar pasukan-pasukan yang lain.

Inilah realiti Piala Malaysia.

Tidak seperti Liga Super mahupun Premier, Piala Malaysia mempunyai cabaran yang tersendiri dan pasukan-pasukan yang cemerlang di liga masing-masing tidak semestinya akan mampu beraksi sedemikian di pertandingan ini.

Kelantan, Selangor and LionsXII sudah tentu berduka cita dengan perlawanan pembuka tirai masing-masing. Kelantan kalah 2-0 kepada Terengganu, Selangor ditewaskan 2-1 oleh Sarawak manakala pasukan seberang Tambak hanya sekadar seri 0-0 dengan Johor FC.

Namun Kelantan masih dikatakan pasukan 'pilihan' untuk digelar juara Piala Malaysia tahun ini. Jika ia menjadi kenyataan, maka ia boleh dikatakan sebagai "bitter sweet victory" bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan yang telah menempuh pelbagai suka-duka, lebih duka daripada suka, dari awal musim lagi.

Selangor pula masih terburu-buru Misi 33-nya. Adakah ianya akan sekali lagi menjadi "mission impossible" atau mungkinkah pasukan Red Giants akan menutup mulut para pengkritik dengan menjulang piala Malaysia?

Terengganu, Negeri Sembilan and LionsXII pula bukan calang-calang lawan. Pasukan-pasukan yang lain juga mampu beri saingan.

Akan tetapi jangan kita lupa ATM. Mereka mempunyai barisan pemain-pemain yang dikenali ramai dan sudah tentu ingin menunjukkan kemampuan mereka apabila bersaing dengan 'the big boys' di Piala Malaysia.

Ini hanya permulaan dan keputusan malam tadi tidak boleh dijadikan sebagai bahan ukur kemampuan sebenar pasukan-pasukan yang bertanding.

Selamat maju jaya kepada semua pemain dan jurulatih. Moga-mogaan Piala Malaysia tahun ini akan diserikan dengan pelbagai kenangan manis buat peminat.

HD kata:  Maafkan saya jika saya lebih teruja dengan Piala Malaysia daripada bermulanya musim Liga Perdana Inggeris.

Comments

  1. As to who will win the CUP, as long as it is not Singapore, I'm fine with it.

    I dont think ATM will go far despite the players that they have.

    Pak Nik

    ReplyDelete
  2. Malaysia cup mmg best.have never missed the final whicever team plays

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts