"Yang terbaik hendaklah diberi keutamaan."

"Sepatutnya semua pemain yang berpotensi hendaklah disenaraikan terutama yang masih muda. Yang terbaik tidak kira di bawah naungan BAM atau kelab, hendaklah diberi keutamaan untuk mewakili negara.

Cuma Zulfadli mungkin tidak berada di bawah Program BAM kerana memilih untuk berada di bawah KLRC. MSN mengalu-alukan semua pihak yang ingin membantu untuk membangun dan memajukan bakat atlet. Cuma harus dipastikan program latihan dan pendedahan yang mereka sediakan baik dan berkualiti.


Zulfadli telah membuktikan yang beliau adalah pemain yang amat berpotensi dgn menjuarai Kej Remaja Dunia dan beberapa kej yg lain. Tapi apakah pembangunan pemain ini sekarang ini selaras atau mencapai tahap sebagaimana yg diperlukan. Kegagalan untuk maju dalam beberapa kej peringkat antarabangsa akhir-akhir ini agak membimbangkan. Juara Sukan Malaysia di Pahang baru-baru ini bukan ukuran kemampuan beliau kerana beliau seharusnya jadi juara di Melaka 2010 tapi beliau tidak mengambil bahagian.

Sudah tentu berada di bawah naungan BAM banyak memberikan kelebihan kerana mereka mempunyai antara jurulatih yg terbaik, sparring partner yang ramai dan berkualiti serta kemudahan latihan dan khidmat sokongan yg baik. Urusan-urusan logistik dikendalikan oleh pegawai-pegawai sepenuh masa. Tapi beliau memilih untuk berada di bawah KLRC yang pastinya dapat menawarkan kemudahan yang lebih baik dari apa yang disediakan oleh BAM. Semua pihak harus menghormati keputusan ini.
Yang penting sekarang ini ialah semua pihak harus memainkan peranan untuk membantu memajukan bakat yang ada pada pemain ini dan tidak mengambil kesempatan dari potensi yang ada pada beliau. Kalau tidak kita akan kehilangan sebutir lagi permata yang berharga." - Ketua pengarah Majlis Sukan Negara Zolkples Embong.   Kenyataan tersebut adalah reaksi daripada artikel Berita Harian yang memetik presiden Persatuan Badminton Malaysia Nadzmi Salleh;   "Dia berbakat dan kita tidak keberatan untuk menimbangkannya, tetapi perlu diingat, ramai pemain remaja yang masuk ke program elit tetapi akhirnya tidak menyerlah dan gagal menjadi juara."
HD kata: Pemain yang berpotensi harus diberi peluang.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'