Datuk Mokhtar kecewa dengan Safee, ucap selamat maju jaya



KENYATAAN AKHBAR RASMI PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR BERHUBING KES SAFEE SALI

KUALA LUMPUR, 21 Nov 2013: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Safee Sali yang memutuskan untuk kekal bersama Johor Darul Takzim meski pun sudah menyatakan persetujuan awal kembali kepangkuan Gergasi Merah Kuning, dua minggu lalu.
Biar pun kecewa dengan tindakan Safee membuat pusingan U itu, Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad, berkata beliau memahami scenario bola sepak tempatan hari ini.

“Dalam pertemuan saya dengan Safee, dia bersetuju kembali ke Selangor dengan gaji bulanan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Semasa Safee bertemu saya pertama kali, Safee telah menyatakan kekecewaan beliau disebabkan beliau harus bermain di dalam Liga Perdana jika kekal bersama Johor untuk musim baru.

“Di atas faktor tersebut, Safee hendak kembali ke Selangor dan kami dengan hati terbuka menerima beliau.”

“Jumlah yang dipersetujui tentunya tidak setinggi gaji bulanan Safee bersama JDT. Atas dasar persetujuan secara budiman ini (a gentleman’s agreement), FAS menghulurkan bayaran pendahuluan,” kata Datuk Mokhtar.

Datuk Mokhtar berharap semua pihak khususnya penyokong memahami situasi terkini dan tidak mencetuskan polemik serta spekulasi dan menunding jari kepada pengurusan FAS atas keputusan Safee.

Menurut Datuk Mokhtar, sikap professional harus digambarkan menerusi rundingan dan perjanjian sebelum mengikat kontrak.

“Kalau mengikut undang-undang kontrak, perjanjian lisan juga dianggap memeterai kontrak.”
“Perancang FAS ialah membawa Safee ke pejabat FAS untuk satu majlis ringkas menandatangani kontrak sebagai memeterai perjanjian lisan kedua-dua pihak selepas pasukan kebangsaan selesai perlawanan dengan Qatar dalam kempen pra-Piala Asia.

“Tetapi apabila kami dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan JDT mahu mengekalkan Safee untuk bermain dalam Liga Super, FAS tiada pilihan lain kecuali demi kepentingan beliau sendiri, kami melepaskan Safee.”

Datuk Mokhtar juga berkata usaha membawa pulang Safee ke Selangor berasaskan anggapan penyerang berusia 29 tahun itu mampu mengembalikan sentuhannya dalam suasana yang hanya boleh disediakan pengurusan FAS.

“Idea kami pada awalnya ialah menjadikan Safee sebagai penyerang utama sambil memberi dia ruang membimbing penyerang muda yang ada dalam senarai barisan FAS pada 2014.

“Kami juga mengenang jasa Safee bersama Selangor selama lima musim pada 2006-2011 dan atas sebab itu kami percaya dia masih mempunyai pengikut yang ramai yang percaya kepada kewibawaannya selain hakikat bahawa FAS memerlukan khidmatnya untuk bersaing di peringkat Liga M dan Piala AFC.”

Datuk Mokhtar bagaimanapun mengucapkan selamat maju jaya kepada Safee.”

TAMAT

Comments

  1. So much of our 'professional' player. Even the President of Footballer Associations committed the error in making a U Turn....Congrats!

    KERMIT THE SPIDER

    ReplyDelete
  2. You get what you practice

    First of all does FAS walk the talk when comes to running the body?? There are a lot of bad practices within them which needs serious attention before they can call the others to to do so.

    There are financial mismanagement and election fraud term after term by the same officials occupying the body. These issues must be addressed and given priority. Knowing the fact that FAS receives huge hand-out by the State Gov, none are disposable and elected term after term.

    If only FAS are in the same fate as Perlis FA, with limited funds, i can guarantee they will not want to be part of it.

    Do they really care about football? With all the funds at their disposal, their league is being run like a school tournament - disgraceful at the highest order.

    Malaysian football can only be saved when we kick-out all those who steals the taxpayers money.


    HSKL says: Walk the talk, don't clown around!

    ReplyDelete
  3. How right HSKL! FAS officials are only interested in their positions in the FAS. FAS league is organised just for the sake of organising a league. There is no quality in the teams as only a handful of teams are able to produce good football. Then again, none from the league will get an opportunity to play for the state. How can you develop football if you run league in a carnival format? The ready made excuse is there are not enough fields. Teams are fed up with the attitude of some FAS officials who insist that if you don't want to play, there are many other teams waiting to take their place.
    Financial mismanagement & election fraud? The less said the better.
    We have no choice but to put up with all this crap!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'