Kelab dianaktirikan?

Rasanya sebegitu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak membenarkan kelab beraksi dalam Piala Presiden mulai tahun depan sehingga 2016 seperti yang tertera dilaporkan semalam.

Menurut Bernama, Naib Presiden FAM Afandi Hamzah berkata keputusan itu dibuat
Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini yang bertujuan memberi peluang kepada pasukan negeri melahirkan lebih ramai pemain pelapis untuk diserapkan ke dalam skuad utama negeri masing-masing pada masa akan datang.


Beri peluang kepada pasukan negeri?

Bukankah baru-baru ini FAM ingin satu badan bebas untuk menganjur Liga-M bagi memenuhi matlamatnya menjadi liga profesional? Adakah ianya profesional untuk memberi 'peluang' kepada pasukan negeri dan menepikan kelab?

Kenapa ada 'double standards'?

Bukankah ini suatu lagi kes kelab bola sepak di Malaysia dianaktirikan?

HD kata: Mungkin ada kelab yang gembira dengan keputusan ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk pasukan Piala Presiden, tetapi sudahkan kita lupa objektif sebenar Piala Presiden? 

Comments

  1. Ini bullshit la Haresh, semakin melalut FAM ni. Bodoh betul FAM & FA negeri yang buat keputusan.

    ReplyDelete
  2. Grassroots Football FanOctober 31, 2012 at 11:37 PM

    Professional? FAM?
    Clubs have to source their own funds to participate in Presidents Cup while State FAs enjoy subsidy for "development".
    Clear that Clubs are a thorn in the State FAs & FAMs sides.
    So whats the benefit for Football??

    ReplyDelete
  3. Pada FAM bolasepak di Msia hanyalah Liga Super Liga Perdana Piala FA dan Piala Malaysia....opps lupa glamer masa lawan team-team EPL. Liga atau pertandingan lain adalah sampah...so ffom there u know la their mentality. Kalau FAM (bapak) tak suka bab pembangunan so macam mana anak (State FA) nak beri tumpuan? So elok la agak-agak siapa dah lama dok kat Kelana Jaya tu beri laluan pd yang berminat.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'