Robbie Fowler ke T-Team?

Itu masih menjadi tanda tanya tetapi ramai peminat Liverpool terutamanya di Terengganu ingin melihat kelibat Fowler sebagai jurulatih T-Team musim depan.

Apa yang pasti ialah penghijrahan kembar Abdul Radzak - Aidil Zafuan dan Zaquan Adha - ke pasukan 'Manchester City' baru, Johor FA. Azmi Muslim juga akan ke Johor yang kini terkenal dengan Legoland dan Johor Premium Outlets. Baca laporan penuh disini.

Safiq Rahim pula dikatakan berminat untuk bermain bersama kelab Indonesia Arema Pelita tetapi ingin memberi fokus terhadap persiapan Harimau Malaya menjelang Piala AFF Suzuki bulan depan.

Walaupun baru sahaja memenangi Piala Malaysia dan menerima lot tanah sebagai ganjaran, ada juga pemain Kelantan akan keluar yang ingin meninggalkan Kota Bharu. Ada ura-ura yang menyatakan bahawa Khairul Fahmi Che Mat ingin beraksi dengan kelab lain - atau bersama kelab Indonesia.

Apa yang pasti, persaingan sengit akan berterusan di musim 2013.

HD kata: Baru siap mengisi borang akreditasi Piala AFF Suzuki....

Comments

  1. To me any teams can be Malaysian's Man City, be it Johor, ATM or now T-Team. But can they sustain it with ATM's kind of supporters (i.e. in terms of numbers). Its a mattter of time, the business model will collapsed coz Mindef can't be pumping in the money with no returns.

    I think Johor can do it if its properly managed coz potentially they can bring large number of crowds just like Kelantan do. We'll see

    Pak Nik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'