Laporan Ketua Audit Negara 2011
Seperti tertera dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Majlis Sukan Negara
- Pengurusan Geran Sukan
Perkara Yang
Dibangkitkan Dan Syor Audit
Kelewatan Pembayaran
Kepada Persatuan Sukan Kebangsaan
a. Semakan Audit pada bulan Oktober
hingga Disember 2010 mendapati 457 tuntutan melibatkan 6 persatuan berjumlah RM1.63 juta lewat dibayar antara 109 hingga
350 hari bagi tempoh tahun 2007 hingga
2009.
Bagaimanapun, tuntutan bagi tahun 2010 masih dalam proses kemas kini dan bayaran masih belum dibuat sehingga akhir tahun 2010. Semakan selanjutnya mendapati 3 Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) telah mengambil kira tuntutan yang belum dijelaskan sebagai penghutang dalam penyata kewangan masing-masing.
Tindakan Susulan Yang Diambil
a. MSN memaklumkan borang tuntutan rasmi bagi setiap tuntutan PSK akan
disertakan sekali dalam Manual Prosedur Pengurusan Geran Sukan (MPK). Penerbitan manual ini akan disekalikan dengan Dokumen Perjanjian (MOU) antara MSN dan PSK yang dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Jun 2012 selepas mendapat kelulusan.
Perkara
Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Garis Panduan
Pengurusan Geran Sukan Tidak Disediakan
Dengan Lengkap
b. Semakan Audit pada bulan Oktober
hingga Disember 2010 mendapati garis panduan dan prosedur kerja berkaitan geran
sukan tidak disediakan dengan lengkap.
Antaranya adalah:
· Prosedur permohonan
geran sukan dinyatakan secara ringkas dalam prosedur pembayaran.
· Surat perjanjian bagi
penerimaan geran sukan tidak disediakan.
· MSN juga tidak
menetapkan syarat permohonan geran sukan dengan jelas.
Tindakan Susulan Yang Diambil
b. MPK Pengurusan Geran Sukan telah siap disediakan dan dalam proses pemurnian. Penerbitan manual ini akan disekalikan dengan Dokumen Perjanjian (MOU) antara MSN dan PSK yang dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Jun 2012 selepas mendapat kelulusan.
Perkara
Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Pemantauan
c. MSN tidak memantau prestasi program dan perbelanjaan geran sukan yang diberi kepada PSK bagi memastikan geran yang dibelanja mengikut permohonan yang diluluskan.
Tindakan Susulan Yang Diambil
c. Proses penilaian dan pemantauan ditangguhkan terlebih dahulu dan hanya boleh dibuat setelah manual prosedur tersebut dikeluarkan dan dipatuhi oleh PSK.
Perbadanan Stadium Malaysia
(PSM)
- Pengurusan Kemudahan
Kompleks Sukan
Perkara Yang
Dibangkitkan Dan Syor Audit
Kerosakan Bumbung
Stadium Stadium Nasional Bukit Jalil
a. Sebahagian besar bumbung stadium didapati
telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat. PSM melalui Kementerian
Belia Dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium
kepada Jabatan Kerja Raya pada bulan April 2011 kerana PSM tidak mempunyai
kepakaran teknikal.
Tindakan
Susulan Yang Diambil
a. Jabatan Kerja Raya telah memulakan
kerja pembaikan pada bulan April 2012 dan dijangka siap pada bulan Februari
2013.
Perkara
Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Stadium Putra Bukit
Jalil
b. Bumbung stadium telah bocor akibat
besi yang berkarat pada bahagian atas bumbung. PSM telah memasang kanvas pada
siling yang dikenal pasti bocor untuk menyalur air bagi mengelak struktur bangunan
atau acara yang diadakan terdedah kepada hujan.
Tindakan Susulan Yang
Diambil
b. Kerja membaik pulih bumbung sedang
dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik JKR dengan nilai kontrak berjumlah
RM5.49 juta. Tempoh kontrak adalah selama 40 minggu dan dijangka siap pada 24 Disember
2012.
Perkara
Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Pengurusan Hasil
Penyewaan Kompleks Sukan
c. Hasil penyewaan kompleks sukan yang tertunggak
sehingga bulan Januari 2011 adalah sejumlah RM9.11 juta melibatkan 627
penghutang. Daripada jumlah tersebut, tunggakan sewa yang melebihi 3 tahun
adalah sejumlah RM6.08 juta dan melebihi 7 tahun berjumlah RM5.60 juta. Semakan
lanjut mendapati antara factor tunggakan hasil sewa yang tinggi adalah disebabkan
PSM membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan hutang menggunakan kemudahan
stadium bagi acara seterusnya.
Tindakan
Susulan Yang Diambil
c. Setakat bulan April 2012 tunggakan
sewa telah menurun kepada RM2.80 juta melibatkan 104 penghutang. Penurunan ini adalah
disebabkan beberapa langkah yang telah diambil seperti berikut:
i. Mengeluarkan surat peringatan dari
semasa ke semasa.
ii. Mengambil tindakan undang-undang terhadap
penghutang.
iii. Menamatkan sekiranya penyewa gagal
menjelaskan sewa melebihi 3 bulan.
iv. Penganjur tidak dibenarkan membuat
tempahan venue sekiranya belum menjelaskan hutang tertunggak.
v. Penganjur dikehendaki menjelaskan
keseluruhan bayaran sebelum acara dijalankan.
Perkara
Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Penyewaan Kompleks
Tenis Jalan Duta
d. Persatuan Lawn Tennis Association
of Malaysia (LTAM) belum membuat bayaran sewa ruang pejabat
berjumlah RM118,000 setahun walaupun telah menerima surat pemberitahuan
daripada PSM.
Tindakan
Susulan Yang Diambil
d. PSM memaklumkan mulai tahun 2012,
LTAM telah dikenakan sewa pejabat, sewa asrama, sewa kafeteria dan bayaran bagi
penganjuran acara.
HD kata: -
Comments
Post a Comment