Posts

Showing posts from August, 2020

PPBN - Bergerak ke hadapan

Image
Ada dikalangan peminat dan pemerhati yang mempertikaikan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Walaupun masih ada ruang untuk menambah baik program tersebut, kritikan-kritikan tersebut memberi kesan kepada PPBN. Saya berpendapat inilah masa bagi PPBN, sebagai satu program bola sepak akar umbi, untuk bergerak ke hadapan dan melakukan proses rejuvenasi. Walaupun masing-masing berhak memberikan sokongan kepada individu-individu yang pernah dan sedang menerajui PPBN, saya berharap PPBN tidak mengalami isu-isu seperti padang rumput tiruan yang digenangi air apabila hujan serta "masalah kewangan oleh pihak atasan yang menyebabkan kelewatan proses tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran." Izinkan saya menyatakan bahawa terdapat juga pencapaian memberangsangkan oleh anak-anak muda PPBN. Saya yakin pemegang taruh PPBN akan terus setia kepada pembangunan bola sepak melebihi kesetian kepada mana-mana individu yang pernah atau sedang menerajui P