Posts

Showing posts from February, 2023

Team ISN juara Kejohanan Tenpin Boling SAM-Yakeb

Image
SIARAN AKHBAR KUALA LUMPUR, 19 Februari 2023: Penganjuran Kejohanan Tenpin Boling Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) 2023 berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 108 peserta daripada 27 pasukan.  Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap berkata, kejohanan itu berjaya mencapai objektif penganjuran untuk mengumpulkan dan mengeratkan silaturrahim antara pengamal-pengamal media sukan di Malaysia.  "Tujuan penganjuran kejohanan ini lebih kepada berkumpul dan melakukan aktiviti bersama semua media sukan dan ahli-ahli SAM.  "Kejohanan ini juga diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama yang baik antara pengamal media dengan Yakeb. Peranan media amat penting untuk membantu menyalurkan maklumat kepada umum," katanya. Sementara itu, Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berharap kejohanan tersebut dapat menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara SAM dengan pihaknya pada masa depan. "Saya terharu