Posts

Showing posts with the label Liga Malaysia

Liga Super 2013 - siapakah pasukan pilihan anda?

"Saya sudah menemui ramuan terbaik untuk pasukan (bagi menghadapi musim baru Liga Super), namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki terutamanya di bahagian tengah." Itu kata-kata jurulatih pasukan Selangor Irfan Bakti seperti dilaporkan Bernama semalam. "Saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persediaan bagi menghadapi Liga Super musim depan sebelum menyenarai pemain. Saya yakin kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih." Ini pula pendapat jurulatih Negeri Sembilan Divaldo Alves Pasukan-pasukan kini bersiap sedia untuk musim baru Liga M. Siapakah pasukan pilihan musim depan? Darul Takzim FC yang dibarisi pemain-pemain 'bintang', Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan atau pun Perak? Mampukah ATM beri saingan? Apa pendapat anda? HD kata: Sudah pasti tahun depan musim yang menarik.

Sukan Uni Asean, Piala FA & Liga-M 2013

Image
Tumpuan sudah tentu ke arah skuad Harimau Malaya yang akan menentang Thailand dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Piala AFF di Bangkok Khamis ini. Namun, jangan kita lupa perjuangan atlit-atlit universiti khususnya pemain bola sepak universiti negara yang akan bermain Laos petang ini (3.30 petang) dalam perlawanan pertaman Sukan Universiti Asean (AUG) di Vientiane. Pemain ATM K.Reuben ( gambar ) akan beraksi bersama pasukan negara dalam kejohanan tersebut. Pada masa yang sama, undian Piala FA telahpun dibuat. Berikut merupakan perlawanan-perlawanan pusingan pertama; PKNS FC lwn LionsXII Sarawak lwn Melaka Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang PBAPP FC KL lwn Pos Malaysia UiTM FC lwn Negeri Sembilan PDRM lawan Pulau Pinang SPA Putrajaya FC lwn Terengganu Kedah lwn NS Betaria FC Darul Takzim FC lwn Perak Sabah lwn Felda United Selangor lwn ATM Johor lwn Pahang Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat T-Team lwn Perlis Musim 2013 akan bermula pada 5 Jan mel...