Posts

Showing posts with the label atlet

Kenyataan akhbar ISN berkenaan El Nino, jerebu

Image
PERSEDIAAN ATLET MENJALANI LATIHAN KETIKA KUALITI UDARA TERJEJAS DAN FENOMENA EL NINO Keadaan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari ini, terutamanya di kawasan Lembah Klang yang menyaksikan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat. Disamping itu, negara juga kini berhadapan dengan cuaca panas dan kering berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 15 April 2014, fenomena El Nino berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara Jun dan Ogos depan, namun demikian masih terlalu awal untuk menentukan tahap kekuatannya. Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu te...

Razali: Atlet perlu diketengahkan.

Image
Program pembangunan sukan perlu diberikan lebih tumpuan kerana ia adalah elemen penting dalam melahirkan atlet yang boleh diketengahkan pada kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim ( gambar) berkata program pembangunan sukan itu termasuklah menghantar atlet menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan menghadapi sesuatu temasya sukan antarabangsa itu. Beliau berkata usaha melahirkan lebih ramai atlet negara tidak akan berjaya dengan hanya memperbanyakkan pusat kemudahan sukan. "Pembinaan pusat kemudahan sukan hanya mewakili satu pertiga daripada usaha itu (melahirkan atlet negara) manakala selebihnya ditumpukan kepada program pembangunan sukan. "Jika tidak disertai dengan program pembangunan sukan, kita hanya menjadi negara yang mempunyai banyak kemudahan sukan tetapi tidak dapat melahirkan atlet bertaraf dunia," katanya lagi. Itu merupakan laporan Bernama. Razali tepat menyatakan bahawa atlet-...