Digantung 30 bulan.
Itulah yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM. Ada segelintir yang tersenyum dengan keputusan tersebut. Ada pula yang merasakan ianya terlalu berat. Artikel 88 menyebut; Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana Ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli). Jawatankuasa Disiplin, yang diketuai Taufik Abdul Razak, mendapati Annuar Musa bersalah bagi pertuduhan kenyataan akhbar yang dikeluarkan sama ada di surat khabar atau televisyen. 2. melanggar titah Tengku Abdullah pada Feb 4 untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan. Taufik memberitahu wartawan bahawa pihak seketeriat FAM yang membuat ...