Posts

Showing posts with the label paul mulder

Azkals pasukan pilihan

Image
Jangan terkejut jika pasukan bolasepak Filipina memenangi Piala AFF yang akan berlangsung akhir tahun ini. Cuba kita imbas kembali Piala AFF edisi 2010 - pasukan Filipina kalah 1-0 kepada Indonesia dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir mereka di Jakarta. Walaupun masih ada masa untuk pasukan tradisi seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia dan Singapura untuk terus mendominasi pertandingan tersebut, janganlah kita terlalu mengharapkan menang besar apabila Malaysia bermain Filipina di dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam Jumaat ini. Jurulatih kebangsaan K.Rajagobal sendiri mengakui Filipina bukan calang-calang lawan dan sudahpun menytakan bahawa pasukan Azkals mempunyai peluang cerah untuk menang Piala AFF tahun ini. Beliau memberitahu akhbar NST ; "I believe they will be stronger than their 2010 squad in the AFF Cup. They are a different team with better players." Ramai pemain Filipian beraksi dengan liga Eropah. Mereka termasuk Stephen Sc...