Posts

Showing posts with the label piala presiden

Kelab dianaktirikan?

Rasanya sebegitu. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak membenarkan kelab beraksi dalam Piala Presiden mulai tahun depan sehingga 2016 seperti yang tertera dilaporkan semalam . Menurut Bernama, Naib Presiden FAM Afandi Hamzah berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini yang bertujuan memberi peluang kepada pasukan negeri melahirkan lebih ramai pemain pelapis untuk diserapkan ke dalam skuad utama negeri masing-masing pada masa akan datang. Beri peluang kepada pasukan negeri? Bukankah baru-baru ini FAM ingin satu badan bebas untuk menganjur Liga-M bagi memenuhi matlamatnya menjadi liga profesional? Adakah ianya profesional untuk memberi 'peluang' kepada pasukan negeri dan menepikan kelab? Kenapa ada 'double standards'? Bukankah ini suatu lagi kes kelab bola sepak di Malaysia dianaktirikan? HD kata: Mungkin ada kelab yang gembira dengan keputusan ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih u...

Sesi pemilihan Piala Presiden N9

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi pasukan Piala Presiden pada Sabtu dan Ahad ini. Sesi pemilihan itu akan dijalankan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi mulai jam 8 pagi hingga 7 petang. Sesi pemilihan adalah untuk pemain-pemain yang berusia 21 tahun ke bawah (lahir 1992-1994). Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi PBNS di 06-7628494.