Semoga berjaya kepada atlet paralimpik negara
Golongan paralimpik selalunya tidak mendapat perhatian seperti rakan-rakan atlet mereka yang lain. Tetapi jangan kita lupa mereka juga wira negara. Kontinjen paralimpik akan berlepas ke London malam ini. Sejumlah 23 atlit akan bertanding untuk merangkul pingat di temasya Sukan Paralimpik London 2012 yang akan berlangsung Ogos 29 nanti. Malaysia yang menghantar 11 atlet dan mengambil bahagian dalam lima acara di Sukan Paralimpik Beijing empat tahun yang lalu. Kontinjen negara pulang berjaya dengan satu gangsa menerusi Siow Lee Chan ( gambar ) dalam acara powerlifting wanita bawah 56kg. Atlet-atlet paralimpik negara yang akan ke London ialah; Olahraga Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Faridul Masri (merejam lembing F56), Eryanto Bahtiar (lompat kijang dan lompat jauh F46), Mohd Saifuddin Ishak (lompat jauh F13), Aderin Majurin (lempar cakeradan merejam lembing F33), Nursuhana Ramlan (lontar peluru F20), Nor SyazwaniAbdullah (100m & 200m T38) dan K. Hemala...