Harimau Malaya kalah lagi, Azzuddin tetap di FAM
Skuad bola sepak kebangsaan melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka selepas kalah 2-0 kepada juara National Premier Leagues-New South Wales (NSW), Marconi Stallions FC, 2-0 di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, semalam. Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Azzuddin Ahmad ( gambar ) berkata beliau tidak akan berundur daripada jawatan yang disandangnya ketika ini walaupun ada segelintir pihak yang mahu beliau mengosongkan kerusi berkenaan secepat mungkin. Azzuddin yang memegang jawatan berkenaan sejak Sept 2007 berkata hanya Presiden FAM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya beliau berundur dan bukannya pihak luar. "Say...